Ratu pecut SG Shanti Pereira mara ke pusingan akhir 200 meter Sukan Asia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SportSG/Bryan Foo
HANGZHOU: Shanti Pereira berjaya mara ke pusingan akhir 200 meter wanita di Sukan Asia. Ini setelah beliau menduduki tempat pertama di acara saringannya, dengan catatan masa 23.14 saat pada Ahad (1 Okt).
Dua atlit pertama dalam setiap daripada tiga acara saringan layak secara automatik, bersama dua lagi atlit seterusnya yang mencatatkan masa terpantas, jika dibandingkan dengan enam kelayakan automatik.
Atlit warga Singapura yang berusia 27 tahun itu bakal beraksi dalam pusingan akhir acara tersebut pada Isnin pada pukul 7.45 malam waktu tempatan. Ia merupakan pusingan akhir 200 meter yang pertama baginya di sukan temasya tersebut.
Pada Sabtu, Pereira menamatkan penantian Singapura selama hampir 50 tahun untuk meraih pingat acara balapan dan padang Sukan Asia selepas beliau merangkul pingat perak dalam acara 100 meter wanita.

Sebelum Pereira, warga Singapura terakhir memenangi pingat emas dalam acara balapan dan padang ialah Chee Swee Lee (400 meter wanita) pada 1974. Sebelum pingat perak yang digondol Pereira itu, pingat terakhir Asiad bagi Singapura dalam sukan tersebut juga dimenangi pada 1974.
Pada Mei lalu, Pereira menjadi wanita Singapura pertama memenangi kedua-dua acara 100 meter dan 200 meter pada edisi yang sama Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), disusuli dengan kemenangan dalam dua acara larian itu di Kejohanan Olahraga Asia pada Julai.
Pada bulan lalu di Budapest, Hungary, Pereira menjadi rakyat Singapura yang pertama untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam acara 200 meter. Beliau juga memenuhi kriteria kelayakan untuk acara itu bagi Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Anda boleh ikuti liputan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou secara langsung di 6 saluran khas meWatch.
Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.