Skip to main content

Sukan

Ratu pecut SG Shanti Pereira gagal pertahan mahkota acara 200 meter

Anggaran Waktu Membaca:
Ratu pecut SG Shanti Pereira gagal pertahan mahkota acara 200 meter

Shanti Pereira bertanding dalam pusingan akhir acara 200m di Kejuaraan Atlet Asia di Gumi, Korea Selatan, pada 31 Mei 2025. (Gambar: Singapore Athletics/Thiruben)

SINGAPURA: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira gagal mempertahankan mahkotanya dalam acara larian 200 meter selepas ketinggalan di belakang pesaingnya dengan masa hanya 0.01 saat dalam pusingan akhir acara 200 meter wanita di Kejohanan Atletik Asia di Gumi, Korea Selatan pada Sabtu (31 Mei).

Pereira mencatatkan masa 22.98 saat, namun ditewaskan oleh atlet China Chen Yu Jie yang menghabiskan perlumbaan dengan masa 22.97 saat.

Sementara itu, atlet China, Li Yuting meraih pingat gangsa dengan masa 23.23 saat.

Pereira berada di tempat kedua secara keseluruhan dalam pusingan kelayakan pada Jumaat bagi menempah tempat dalam pusingan akhir.

Pada awal minggu ini, Pereira merangkul pingat perak dalam acara larian 100 meter.

Beliau menamatkan perlumbaan dengan masa 11.41 saat di belakang atlet China, Liang Xiaojing dengan masa 11.37 saat.

Sementara itu, atlet Vietnam, Tran Thi Nhi Yen membawa pulang pingat gangsa dengan masa 11.54 saat.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita