Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ratu pecut SG Shanti Pereira cipta sejarah, gondol pingat emas acara 100 meter

Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: Shanti Pereira menggondol pingat emas dalam peringkat akhir acara 100 meter wanita di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32.

Dengan kemenangan di Stadium Nasional Morodok Techo, Pereira menjadi wanita Singapura pertama yang menjuarai kedua-dua acara 100 meter dan 200 meter di sukan SEA edisi yang sama.

Pada awal Jumaat (12 Mei), Pereira mencatat masa 11.49 saat untuk mendapat tempat pertama dalam peringkat saringan.

Pada Selasa (9 Mei), Pereira membawa pulang pingat emas dalam acara peringkat akhir 200 meter wanita, mencipta rekod negara dan rekod acara itu pada sukan SEA.

Pereira mencatat masa 22.69 saat untuk pertahankan takhta daripada edisi sukan SEA dahulu.

Pereira menyertai sukan SEA tahun ini dalam keadaan yang terbaik, dengan memecah beberapa rekod negara pada Mac dan April.

Bulan lalu, Pereira mencipta rekod negara, iaitu 22.89 saat, dalam peringkat saringan acara 200 meter wanita di Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka di Brisbane - iaitu masa terpantas yang dicatatkan oleh seorang wanita dari Asia pada 2023.

Di temasya yang sama, beliau mencatat rekod baru negara, iaitu 11.37 saat, untuk menjadi juara peringkat akhir acara 100 meter wanita.

Masa itu adalah kedua terpantas yang dicatatkan oleh seorang wanita dari Asia pada 2023.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan