Ratu pecut SG Shanti Pereira cipta 2 rekod baru negara sehari dalam acara 100 meter
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP/Tatan Syuflana)
SINGAPURA: Hanya beberapa minggu selepas memenangi kedua-dua acara 100 meter (m) dan 200m di Sukan SEA, ratu pecut Singapura Shanti Pereira mencipta rekod baru negara dalam acara 100 meter pada Ahad (28 Mei).
Atlit berusia 26 tahun itu tidak hanya melakukannya sekali, tetapi dua kali pada hari yang sama.
Ratu pecut itu mencatat masa 11.26 saat untuk memenangi tempat kedua di peringkat akhir kejohanan Sukan Antarabangsa Pentecost di Rehlingen, Jerman. Ia adalah masa terpantas yang dicatatkan oleh seorang wanita Asia dalam acara itu pada 2023.
Ketika peringkat saringan pada awal pagi Ahad, Pereira mencatat masa 11.34 saat untuk mengatasi rekod negaranya sebelum ini, iaitu 11.37 saat yang dicipta di Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Australia di Brisbane bulan lalu.
Atlit berusia 26 tahun itu sudah mencipta rekod baru negara untuk acara 100 meter sebanyak lima kali tahun ini dan tiga kali bagi acara 200 meter.
Dua kemenangan bersejarah Pereira di Sukan SEA awal bulan ini menyaksikannya mencatat masa 22.69 saat (rekod negara dan pertandingan) pada peringkat akhir acara 200 meter di Stadium Negara Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.