Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ratu pecut SG Shanti Pereira alami kecederaan jelang Sukan Olimpik Paris

Anggaran Waktu Membaca:
Ratu pecut SG Shanti Pereira alami kecederaan jelang Sukan Olimpik Paris

Ratu lari pecut SG Shanti Pereira beraksi di pusingan akhir 200m di Sukan Asia di Hangzhou, China pada 2 Okt 2023. (Gambar: Bryan Foo/SportSG)

Diterbitkan : 16 Apr 2024 08:48AM Dikemas Kini : 16 Apr 2024 08:50AM
SINGAPURA: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira mengalami kecederaan beberapa bulan sebelum Sukan Olimpik Paris.

Singapore Athletics (SA) mengesahkan "kecederaan" yang dialami atlit itu dalam satu kenyataan di lamannya pada lewat Isnin (15 Apr).

"Shanti tidak dapat beraksi disebabkan oleh kecederaan pada kakinya menjelang Kejohanan Balapan & Padang Terbuka Singapura ke-84 serta Diamond League di Xiamen dan Shanghai," menurut SA.

Jurulatihnya Luis Cunha berkata Shanti mengalami "kecederaan sukan biasa" dan pelan perlumbaannya akan disesuaikan sebagai langkah berjaga-jaga untuk memberi tumpuan kepada pemulihan atlit tersebut.

Shanti dan jurulatihnya dijadual pulang ke Singapura untuk bersaing di Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Singapura pada 18 hingga 19 Apr. Shanti telah berada di Florida, Amerika Syarikat sejak minggu pertama Februari untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Nasional di Orlando.

Shanti kemudian sepatutnya berpangkalan di Eropah. Ini bagi membantunya membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Paris pada Ogos, menurut Singapore Athletics dalam catatan Instagramnya pada awal Mac.

Menurut Singapore Athletics, ia akan bekerjasama dengan Shanti, jurulatihnya dan Institut Sukan Singapura (SSI) untuk memastikan Shanti menerima semua sokongan yang diperlukan untuk membantu proses pemulihannya.

"SA juga akan bekerjasama dengan Luis untuk menyusun semula persiapan latihan Shanti bagi Paris 2024 dalam masa beberapa minggu akan datang," menurut SA selanjutnya.

"Buat sementara waktu, Shanti akan berlatih dan menjalani pemulihan di Singapura," tambah jurulatihnya.

Sukan Olimpik Paris akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos, dengan acara atletik dijadual diadakan dari 2 hingga 11 Ogos dan di sekitar Stade de France.

Shanti berjaya melayakkan diri untuk bersaing dalam acara 200m menyusuli aksinya di Pusat Atletik Nasional Budapest, Hungary pada Ogos tahun lalu.

Semasa bersaing di Florida, Shanti juga bertanding dalam perlumbaan 400m di Universiti Florida. Meskipun menduduki tempat kelima, beliau berjaya memecahkan rekod nasional bagi acara 400m.

Shanti juga memegang rekod nasional bagi kedua-dua acara 100m dan 200m.

Shanti mencatat kejayaan cemerlang dalam kerjayanya sepanjang 2023.

Beliau menjadi wanita rakyat Singapura yang pertama untuk memenangi kedua-dua acara 100m dan 200m bagi edisi yang sama Sukan Asia Tenggara (SEA) pada Mei lalu sebelum meraih kemenangan berganda bersejarah di Kejohanan Atletik Asia pada Julai.

Pada Ogos, Shanti menjadi rakyat Singapura pertama untuk mara ke peringkat separuh akhir Kehohanan Dunia menyusuli persembahan cemerlang dalam acara 200m.

Beliau juga menamatkan penantian Singapura selama hampir 50 tahun untuk meraih pingat balapan dan padang di Sukan Asia, selepas merangkul pingat perak dalam acara 100m pada Sep.

Beliau kemudian menjuarai perlumbaan akhir 200m wanita di Sukan Asia di Hangzhou - pingat emas atletik pertama Singapura sejak 1974.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan