Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Rashford, Sancho selamatkan maruah Man Utd di Old Trafford

Anggaran Waktu Membaca:
MANCHESTER: Jadon Sancho dan Marcus Rashford menyelamatkan Manchester United untuk seri 2-2 dengan Leeds United di Old Trafford bagi menafikan kemenangan pasukan pelawat yang turun padang tanpa pengurus pasukan.

United menyedari bahawa kemenangan bakal menyaksikan mereka berkongsi mata dengan penghuni tangga kedua Liga Perdana England (EPL), Manchester City, namun Wilfried Gnonto mengejutkan pasukan tuan rumah dengan menjaringkan gol pada minit pertama.

Jaringan sendiri pemain pertahanan United, Raphael Varane menyukarkan lagi tugas pasukan tuan rumah.

Penyerang England, Rashford bagaimanapun menghidupkan peluang mereka apabila menyempurnakan hantaran lintang Diogo Dalot dengan tandukan menewaskan penjaga gol Leeds, Illan Meslier.

Sancho, yang baru-baru ini kembali ke pangkuan pasukan selepas diketepikan, menyamakan kedudukan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, sebelum United gagal mencipta kemenangan selepas deretan peluang dalam masa kecederaan.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan