Skip to main content

Sukan

Rashford kembali berlatih bersama Man Utd susuli bedah bahu

Penyerang Manchester United Marcus Rashford sudah kembali ke padang latihan kelab tersebut di Carrington untuk meneruskan proses pemulihannya menyusuli pembedahan pada bahagian bahunya baru-baru ini, dedah pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Anggaran Waktu Membaca:
Rashford kembali berlatih bersama Man Utd susuli bedah bahu

Marcus Rashford kembali berlatih bersama Manchester United selepas menjalani pembedahan di bahagian bahu. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 22 Aug 2021 06:26PM Dikemas Kini : 22 Aug 2021 06:28PM

REUTERS: Penyerang Manchester United Marcus Rashford sudah kembali ke padang latihan kelab tersebut di Carrington untuk meneruskan proses pemulihannya menyusuli pembedahan pada bahagian bahunya baru-baru ini, dedah pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Rashford memberitahu minggu lalu bahawa beliau selamat menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pada bahagian bahu yang dialaminya di akhir musim 2020-21.

Kecederaan itu menyingkatkan masa permainannya dengan pemain berusia 23 tahun itu hanya dapat memainkan peranan yang agak terbatas ketika menyarung jersi England dalam kempen pasukan berkenaan ke perlawanan akhir Euro 2020 di mana England tewas di tangan Itali yang muncul juara pertandingan tersebut.

"Dia kelihatan sangat gembira dengan hasil pembedahan itu," kata Solskjaer kepada laman kelab itu sebelum pasukannya berangkat ke Southamption bagi perlawanan Liga Perdana England (EPL) Ahad ini.

"Beliau sedang berlatih di gim. Kami bertemu dengannya setiap hari. Maka itu, beliau tentunya tidak sabar untuk kembali beraksi apabila tiba masanya kelak.

"Tentunya, apabila anda tidak dapat bermain disebabkan oleh kecederaan adalah tempoh yang sukar tetapi ia juga adalah masa untuk bermuhasabah dan mengenal semula diri anda. Itu yang kami harap akan berlaku pada Marcus."

Solskjaer bagaimanapun tidak pula memberikan kata putus bila Rashford akan kembali beraksi dan media tempatan meramalkan penyerang England itu mungkin akan terlepas bermain sehingga 12 minggu yang akan melibatkan beberapa perlawanan genting bagi kempen Manchester United musim ini.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita