Skip to main content

Sukan

Rashford dakwa lebih cergas, kembali 'menyengat' sejak sertai Aston Villa

Marcus Rashford berkata dia bermain lebih baik sejak menyertai Aston Villa secara pinjaman dari Manchester United selepas menjaringkan dua gol pertamanya untuk pasukan itu dalam kemenangan 3-0 ke atas pasukan divisyen dua Preston North End pada Ahad (30 Mac) untuk mara ke separuh akhir Piala FA.

Anggaran Waktu Membaca:
Rashford dakwa lebih cergas, kembali 'menyengat' sejak sertai Aston Villa

Marcus Rashford yang kini bermain untuk Aston Villa pada 9 Februari 2025. (Gambar: REUTERS/Chris Radburn)

Diterbitkan : 31 Mar 2025 05:41PM Dikemas Kini : 31 Mar 2025 05:43PM
BIRMINGHAM: Marcus Rashford berkata dia bermain lebih baik sejak menyertai Aston Villa secara pinjaman dari Manchester United selepas menjaringkan dua gol pertamanya untuk pasukan itu dalam kemenangan 3-0 ke atas pasukan divisyen dua Preston North End pada Ahad (30 Mac) untuk mara ke separuh akhir Piala FA.

Penyerang England yang telah menjaringkan 138 gol dalam 426 perlawanan untuk Manchester United, telah digugurkan daripada United oleh pengurus baharu Ruben Amorim sebelum pemindahannya ke Villa diumumkan bulan lalu.

Pendedahan Rashford bahawa dia sudah bersedia untuk mengharungi cabaran baharu telah diselar oleh Amorim yang mempersoalkan etika dan sikap pemain berusia 27 tahun itu. Amorim turut mendakwa bahawa Rashford tidak memberikan prestasi terbaik semasa menyarung jersi United.

"Ia satu perasaan yang sangat memberangsangkan. Bagi seorang penyerang, tentu sekali ia menguatkan keyakinan saya setelah menjaringkan gol, mudah-mudahan ia berterusan," kata Rashford kepada BBC selepas menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua semalam.

Rashford, yang telah menjaringkan empat gol Liga Perdana England dalam 15 perlawanan untuk United musim ini, kali terakhir muncul untuk United pada Disember lalu.

"Saya rasa saya semakin cergas dan dapat bermain lebih baik sejak saya berada di sini. Saya terlepas banyak perlawanan sebelum menyertai mereka (Aston Villa). Tubuh saya berasa sihat dan saya dapat kembali menikmati bola sepak buat masa ini," tambah Rashford.

Villa yang menduduki tangga kesembilan dalam Liga Perdana England akan menentang pasukan Brighton & Hove Albion pada Rabu (2 Apr).
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita