Rashford bantu Man United mara ke suku akhir Liga Europa

(Gambar: Cristina Quicler/AFP)
SEVILLE: Marcus Rashford mencipta gol dari jarak jauh bagi memberikan Manchester United kemenangan 1-0 ke atas Real Betis pada Khamis (16 Mac) dan laluan ke suku akhir Liga Europa menerusi agregat 5-1.
Sepakan Joaquin terkena palang buat Betis dan Juanmi mensia-siakan dua peluang terbaik buat tuan rumah yang cuba menukar defisit tiga gol mereka di Stadium Benito Villamarin.
Bagaimanapun gol Rashford pada awal separuh kedua mematikan idea berkenaan dan United semakin selesa apabila tenaga Betis berkurangan.
Gol itu yang keenam bagi Rashford dalam kejohanan kali ini dan ke-27 membabitkan semua aksi musim ini daripada 43 penampilan.
Dalam aksi lain, Juventus menang 2-0 mengatasi Freiburg untuk mara 3-0 secara agregat menerusi gol Dusan Vlahovic dan Federico Chiesa.
Juara dengan rekod enam kali, Sevilla kalah 0-1 di Fenerbahce apabila Enner Valencia menjaringkan penalti tetapi masih layak menerusi agregat 2-1.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.