Skip to main content

Sukan

Rapid KL tambah baik khidmat bas ulang-alik ke F1 Sepang susulan maklum balas penumpang

Rapid KL meningkatkan penyelarasan khidmat bas ulang-alik ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini (3 Okt), susulan maklum balas penumpang mengenai perjalanan ke lokasi itu semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Rapid KL tambah baik khidmat bas ulang-alik ke F1 Sepang susulan maklum balas penumpang

Rapid KL memaklumkan setakat 11.00 pagi Sabtu (3 Okt), aliran trafik dan pergerakan penumpang ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berada dalam keadaan lancar dan terkawal. (Gambar: Facebook/Rapid KL)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 04:14PM
Rapid KL improves shuttle bus service to Sepang F1 following passenger feedback
  • Rapid KL streamlined its shuttle bus service to Sepang International Circuit on Oct 3 after passengers complained of delays and long queues the previous day.
  • The improvements were made together with SIC, the organisers and relevant agencies at the passenger pick-up and drop-off areas to smooth movement.
  • As of 11am, Rapid KL reported that traffic and passenger flow were under control, while stressing that yesterday's operations were carried out in line with the agreed arrangements.
  • The Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 is taking place from Oct 2 to 4, with SIC serving as the host venue as F1 returns to Sepang for the first time since 2017.
Dijana oleh AI
PUTRAJAYA: Rapid KL meningkatkan penyelarasan khidmat bas ulang-alik ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini (3 Okt), susulan maklum balas penumpang mengenai perjalanan ke lokasi itu semalam.

Dalam kenyataannya, Rapid KL menyatakan pihaknya bersama SIC dan agensi berkaitan sudah menambah baik aturan di lokasi mengambil dan menurunkan penumpang.

Penambahbaikan itu dilaksanakan mulai hari ini (3 Okt) bagi memastikan pergerakan penumpang lebih lancar dan teratur.

Setakat 11.00 pagi tadi, aliran trafik dan pergerakan penumpang dilaporkan berada dalam keadaan lancar dan terkawal.

Langkah itu menyusuli aduan para peminat Formula 1 (F1) mengenai barisan panjang dan kelewatan bas ulang-alik pada hari pertama Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di SIC semalam.

Menurut Rapid KL, khidmat bas ulang-alik semalam beroperasi seperti yang dirancang, selaras dengan aturan operasi yang dipersetujui bersama pihak penganjur.

Rapid KL menjelaskan tanggungjawabnya meliputi pengendalian serta pergerakan bas dan penumpang mengikut aturan yang ditetapkan.

Penyelarasan trafik keseluruhan ke dan dari SIC serta aliran kenderaan di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang pula dilakukan bersama pihak penganjur dan agensi berkaitan.

Rapid KL menambah bahawa ia akan terus memantau keadaan bersama SIC dan agensi berkaitan sepanjang acara berlangsung.

Grand Prix Bahrain di Malaysia berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober, dengan SIC menjadi tuan rumah sementara bagi perlumbaan itu.

F1 kembali ke Sepang buat pertama kali sejak 2017 selepas Malaysia dipilih menjadi tuan rumah perlumbaan Grand Prix Bahrain tahun ini.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita