Rakyat Argentina ucap terima kasih selepas Messi umum bersara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: REUTERS/Agustin Marcarian)
BUENOS AIRES: Rakyat Argentina pada Isnin (31 Ogos) memberi penghormatan kepada Lionel Messi selepas legenda bola sepak itu mengesahkan berita yang sudah lama dijangka ramai, tetapi tetap sukar diterima: beliau bersara daripada pasukan kebangsaan Argentina.
“Ia pasti sukar, tetapi saya sangat berterima kasih atas segala kegembiraan yang diberikannya kepada kami sebagai sebuah negara,” kata Francisca Mieth, seorang mahasiswa universiti berusia 18 tahun, di kawasan Belgrano di Buenos Aires.
Tidak jauh dari sana, Jose Aramburu, yang bekerja membawa anjing bersiar-siar, berkata sikap Messi yang tidak pernah berputus asa meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Argentina.
“Perkara paling penting yang Messi ajarkan kepada kami ialah beliau terus mencuba, tidak berputus asa dan mengejar impian serta matlamatnya tanpa mempedulikan apa yang orang lain katakan,” kata lelaki berusia 36 tahun itu.
Messi, 39 tahun, yang memimpin Argentina sebagai kapten ketika menjuarai Piala Dunia FIFA 2022 dan mara sekali lagi ke peringkat akhir pada 2026, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa menerusi Instagram pada Isnin. Beliau menyifatkannya sebagai “satu keputusan yang sangat memilukan hati”.
Wajah Messi dapat dilihat di merata tempat sepanjang Piala Dunia FIFA tahun ini. Gambarnya terpampang pada papan iklan di sekitar pusat bandar Buenos Aires, manakala sebuah patung gergasi setinggi 85 kaki (kira-kira 26 meter) dibina untuknya di sebuah bandar di Patagonia.
Para penduduk di bandar itu menyaksikan perlawanan Argentina menentang England menerusi sebuah skrin yang dipasang bersebelahan lutut patung gergasi berkenaan.
Sedang Messi terus mencipta rekod menerusi rentetan jaringannya sepanjang kejohanan itu, rakyat Argentina turun ke jalan raya untuk menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” ketika beliau menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada Jun.
Messi berkata pemergian bapanya pada Ogos selepas lama sakit menguatkan lagi keputusannya untuk menamatkan kerjaya bersama pasukan kebangsaan.
“Berakhirnya satu era,” menurut tajuk utama di laman akhbar Argentina, La Nacion.
Seorang ahli psikologi yang ditemu bual saluran televisyen tempatan TN mengingatkan orang ramai supaya jangan mengharapkan pemain lain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Messi.
Beliau berkata, “tiada sesiapa yang sepatutnya dibebani dengan tekanan untuk menjadi penggantinya”.
Sementara itu, bekas rakan sepasukan Messi membanjiri media sosial dengan ucapan penghargaan kepadanya. Antaranya ialah Angel Di Maria, yang bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 2024.
“Kami akan berterima kasih kepada anda sepanjang hidup kami kerana menjadi rakyat Argentina,” tulis Di Maria.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.