Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Raja Salman isytihar cuti umum selepas Saudi kalahkan Argentina

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Salman isytihar cuti umum selepas Saudi kalahkan Argentina

(Gambar fail)

Diterbitkan : 23 Nov 2022 07:22AM Dikemas Kini : 23 Nov 2022 07:22AM
RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengisytiharkan cuti umum selepas pasukan bola sepak negara itu mengalahkan Argentina dalam perlawanan Piala Dunia 2022 pada Selasa (22 Nov), lapor media tempatan.

Raja berusia 86 tahun itu mengisytiharkan Rabu (23 Nov) adalah cuti umum bagi semua kakitangan dalam sektor awam dan swasta serta juga untuk pelajar lelaki dan perempuan di semua peringkat pendidikan", lapor saluran Al-Ekhbariya dalam catatan Twitternya.

Cuti umum itu diisytiharkan di tengah-tengah peperiksaan akhir di negara tersebut. Dengan itu, peperiksaan berkenaan perlu dijadualkan semula.
Agensi berita Al-Ekhbariya turut memuat naik gambar anak Raja Salman, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, sedang meraikan kemenangan itu selepas menonton perlawanan tersebut dengan para penonton lain termasuk Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman.

Turki al-Sheikh, penasihat Mahkamah Diraja dan ketua Penguasa Hiburan Am Arab Saudi, mengumumkan di Twitter bahawa tiada bayaran masuk dikenakan untuk mengunjungi taman-taman tema dan pusat-pusat hiburan utama di Riyadh pada Selasa (22 Nov).

Perlawanan Saudi seterusnya adalah pada Sabtu (26 Nov) menentang Poland.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa