Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ragbi Tujuh Sepasukan HSBC Singapore kembali di Stadium Negara

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Mar 2022 09:42PM Dikemas Kini : 11 Mar 2022 09:46PM

SINGAPURA: Para peminat sukan ragbi boleh menyaksikan perlawanan Ragbi Tujuh Sepasukan HSBC Singapore secara langsung di negara ini.

Kejohanan itu akan kembali diadakan pada hujung minggu 9 dan 10 April selepas ditiadakan akibat pandemik.

Singapura akan menjadi lokasi kelima dalam siri sembilan pusingan kejohanan ragbi lelaki Ragbi Tujuh Sepasukan itu tahun ini.

16 pasukan akan bersaing dalam pusingan kelima kejohanan ragbi itu di Stadium Negara nanti.

Ini termasuk pasukan-pasukan dari Fiji dan New Zealand.

Butiran lanjut mengenai penjualan tiket akan didedahkan tidak lama lagi.

Turut kembali diadakan di sini adalah perlumbaan Grand Prix Formula 1 pada lewat September nanti.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan