Skip to main content

Sukan

Ragbi Piala Dunia 2023: NZ kalahkan Ireland untuk ke separuh akhir

Anggaran Waktu Membaca:
Ragbi Piala Dunia 2023: NZ kalahkan Ireland untuk ke separuh akhir

Ketua jurulatih New Zealand, Ian Foster. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Oct 2023 04:50PM
NEW ZEALAND: New Zealand memadamkan impian Ireland untuk bergelar juara Piala Dunia Ragbi 2023 setelah tewas 24-28 kepada All Blacks di suku akhir awal pagi Ahad (15 Okt).

All Blacks tampil pada perlawanan yang dinanti-nantikan dalam aksi yang berlangsung di Stade de France dengan status sebagai pasukan bukan pilihan.

Ireland yang dibimbing Andy Farrell diletakkan harapan besar untuk mencipta sejarah sebagai pasukan Ireland pertama layak ke separuh akhir kejohanan itu.

Bagaimanapun, mereka ketinggalan hampir sepanjang keseluruhan perlawanan dan gagal bangkit untuk membenarkan All Blacks mencongak perhitungan dengan Argentina dalam perlawanan separuh akhir, bagi penentuan ke final.

Ketua jurulatih New Zealand, Ian Foster menyifatkan kejayaan ke atas Ireland yang diramalkan menang pada suku akhir Piala Dunia itu adalah antara kemenangan paling manis dalam kerjayanya.

“Saya cukup gembira. Ini adalah hari istimewa untuk kami.

“Kemenangan paling manis adalah apabila lawan anda bermain dengan sangat baik dan menguji anda sehingga semaksimum mungkin. “Pada akhirnya, kami memenangi perlawanan ini,” katanya.
Sumber : Agensi berita/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita