Skip to main content

Sukan

Quah Jing Wen pecah rekod gaya kupu-kupu 200m, rangkul pingat emas

Anggaran Waktu Membaca:
Quah Jing Wen pecah rekod gaya kupu-kupu 200m, rangkul pingat emas

Perenang Singapura Quah Jing Wen beraksi dalam acara saringan 200 meter wanita di Sukan SEA di Vietnam pada 14 Mei 2022. (Gambar: Andy Chua/SportSG)

HANOI: Quah Jing Wen merangkul pingat emas pertama Singapura bagi acara sukan renang di Sukan SEA ke-31 pada Sabtu (14 Mei).

Dalam prestasi renang yang mengagumkan, Quah memenangi acara akhir gaya kupu-kupu 200 meter wanita dengan mencatat rekod masa terbaru 2:09.52 untuk Sukan SEA di My Dinh Water Sports Palace di Hanoi.

Ia juga merupakan rekod baru kebangsaan dan masa terbaik yang pernah dicatat oleh perenang negara itu.

Perenang Vietnam Le Thi My Tao meraih pingat perak dengan mencatat masa 2:14.20 manakala Kamonchanok Kwanmuang dari Thailand membawa pulang pingat gangsa setelah mencatat masa 2:14.35.

Sebelum ini, Quah, 22 tahun, pernah memenangi acara sama semasa edisi Sukan SEA pada 2019 dan 2017.

Semasa temasya sukan yang lalu di Filipina, para perenang negara membawa pulang 23 pingat emas iaitu kemenangan terbaik bersama dengan edisi 2015 ketika ia diadakan di Singapura.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita