Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Putri Syaliza pemain wanita pertama S'pura dalam Liga Bola Sepak Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
Putri Syaliza pemain wanita pertama S'pura dalam Liga Bola Sepak Thailand

Gambar: Football Association of Singapore

SINGAPURA: Pemain bola sepak yang berusia 19 tahun, Putri Syaliza Sazali, bakal menjadi wanita pertama Singapura untuk beraksi dalam Liga Bola Sepak Wanita Thailand 1 (TWL1), menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Selasa (24 Mei).

Putri akan menyarung jersi Kelab Bola Sepak Wanita Chonburi bagi baki musim ini selepas beliau berjaya menambat hati ketua jurulatih, Kritsada Phungmali dalam perlawanan tertutup antara pasukan bola sepak wanita Singapura dengan kelab tersebut sebelum berlangsung Sukan SEA ke-31.

Putri diberikan peluang untuk mewakili kelab tersebut dalam pusingan kedua TWL1 yang bermula pada Sabtu.

Kelab Bola Sepak Wanita Chonburi adalah naib juara TWL1 musim lalu dan kini menduduki tangga ketiga dalam liga yang menampilkan lapan pasukan dengan kutipan 13 mata sejauh ini.

"Saya mahukan barisan pemain yang boleh menyumbang kepada jentera serangan pasukan dan juga berupaya menjaringkan gol. Selepas menyaksikan corak permainan Putri, saya amat tertarik untuk menyerapkannya ke dalam pasukan kami, kata ketua jurulatih Kritsada Phungmali.

Putri yang sudah 11 kali mewakili pasukan Singapura berpendapat bahawa tahap bola sepak di Thailand "lebih tinggi dan lebih kompetitif".

Putri kini ditawarkan biasiswa sukan oleh Eastern Florida State College di Amerika Syarikat. Pada tahun pertama pengajiannya, beliau adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi gelaran kebangsaan pertama kolej itu.

Di Chonburi, Putri akan berlatih dan turun padang bersama dengan pemain antarabangsa Thailand, Saowalak Pengngam dan Wilaiporn Boothduang.

Putri akan berlepas ke Thailand pada Rabu dan akan kembali ke Singapura selepas perlawanan terakhir pasukan itu pada 19 Jun.

Pada 2021, beliau menjadi pemain bola sepak wanita tempatan pertama yang menerima biasiswa sukan luar negara.

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan