Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Putera Mahkota Saudi tiba di Qatar untuk acara perasmian Piala Dunia 2022

Anggaran Waktu Membaca:
DOHA: Upacara perasmian kejohanan Piala Dunia di Qatar berlangsung di Stadium Al Bayt Ahad malam (20 Nov) waktu Singapura.

Ia akan disusuli perlawanan antara pasukan tuan rumah dengan Ecuador.

Inilah kali pertama kejohanan Piala Dunia diadakan di Timur Tengah.

Sebanyak 32 pasukan akan bertanding.

Pemain terbaik dunia, Karim Benzema, tidak dapat beraksi bagi juara bertahan, Perancis.

Beliau mengalami kecederaan di pahanya semasa menjalani latihan semalam.

Perancis sebelum ini sudahpun kehilangan khidmat Paul Pogba dan N'Golo Kante yang juga cedera.

Sementara itu, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman tiba di Qatar untuk menghadiri upacara perasmian Piala Dunia 2022, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Kehadiran Putera Mahkota Saudi di Doha adalah atas undangan Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.

Temasya selama 29 hari itu berlangsung di Stadium Al Bayt yang boleh menampung sehingga 60,000 orang di bandar Al Khor, 35 kilometer di utara Doha.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan