Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Putera Mahkota Arab Saudi kongsi pelan pelaburan dan penswastaan kelab sukan

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Arab Saudi kongsi pelan pelaburan dan  penswastaan  kelab sukan

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. (Gambar: Bertrand Guay/AFP)

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad Bin Salman telah mendedahkan satu rancangan pelaburan dan penswastaan besar kelab-kelab bola sepak negara itu.

Agensi Berita Saudi melaporkan bahawa syarikat-syarikat dan agensi pembangunan yang besar akan dibenarkan melabur dalam kelab-kelab sukan bagi menjadi pemiliknya.

Selain itu, sejumlah kelab sukan boleh menawarkan diri untuk diswastakan mulai suku terakhir tahun ini.

Projek tersebut bertujuan menjadikan Liga Profesional Bola Sepak Saudi termasuk dalam senarai 10 liga profesional terbaik dunia.

Ia juga bagi meningkatkan pendapatan liga bola sepak Saudi daripada 450 juta riyal Saudi (S$162 juta) setahun sekarang kepada 1.8 bilion riyal Saudi (S$648 juta).

Nilai pasarannya pula hendak dinaikkan daripada 3 bilion riyal Saudi (S$1.1 bilion) kepada lebih 8 bilion riyal Saudi (S$2.9 bilion).
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan