PSM mahu pulang ke pangkuan ISTAF
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Persatuan Sepaktakraw Malaysia - PSM/Facebook)
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menghantar permohonan untuk menyertai semula Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) minggu ini.
Setiausaha Agung PSM, Abidullah Salleh berkata, badan induk sepak takraw itu sedang dalam proses mengumpul beberapa dokumen yang diperlukan oleh badan induk sepak takraw antarabangsa tersebut.
“Ya, PSM sedia maklum mengenai keahlian dalam ISTAF untuk membolehkan badan induk ini kembali ke peringkat antarabangsa.
“Jaminan saya, PSM kini dalam proses menyelesaikan isu dokumentasi yang dikehendaki seperti dalam proses permohonan.
“Bagi permohonan keahlian Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), dokumen-dokumen susulan yang dihantar sebelum ini telahpun diterima pihak ASTAF,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu (23 Feb).
Dalam perkembangan lain, Encik Abidullah mengesahkan kemasukan Persatuan Sepaktakraw Selangor dan Sarawak ke dalam badan induk itu.
Justeru katanya, PSM membenarkan tiga ahli gabungan Selangor, Sarawak dan Perlis yang keluar sebelum ini kembali menyertai Liga Sepak Takraw (STL) 2023 Divisyen Satu yang menyingkap tirai dari 26 Mei hingga 24 Jun ini.
“PSM juga mengalu-alukan kemasukan semula ke dalam badan induk itu, para pengadil yang bernaung di bawah Persekutuan Sepak takraw Malaysia (Mastaf) sebelum ini.
“Namun, setiap pengadil perlu memohon penyertaan semula kepada PSM secara individu melalui persatuan-persatuan negeri masing-masing,” jelasnya.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.