Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

PSG tewaskan Nantes 2-0; dahului Ligue 1 dengan kelebihan 5 mata

Neymar dan Kylian Mbappe masing-masing menjaringkan gol bagi membantu Paris Saint-Germain (PSG) kekal di tangga teratas Ligue 1 dengan mendahului lima mata selepas mengatasi Nantes 2-0, pada Rabu (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
PSG tewaskan Nantes 2-0; dahului Ligue 1 dengan kelebihan 5 mata

Neymar dan Kylian Mbappe. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2019 08:44AM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 08:49AM

PARIS: Neymar dan Kylian Mbappe masing-masing menjaringkan gol bagi membantu Paris Saint-Germain (PSG) kekal di tangga teratas Ligue 1 dengan mendahului lima mata selepas mengatasi Nantes 2-0, pada Rabu (4 Dis).

Mbappe menjaringkan gol sejurus selepas babak kedua bermula dan tendangan penalti Neymar menyaksikan pasukan tuan rumah dengan mudah menewaskan pasukan lawan di Parc des Princes.

PSG, yang pada awalnya dijadual bertemu dengan AS Monaco minggu lalu tetapi ditangguhkan menyusuli cuaca buruk sedang memburu gelaran ketujuhnya dalam tempoh lapan tahun dengan satu perlawanan dalam tangan berbanding Marseille yang menduduki tangga kedua liga.

Marseille sebelum itu menang 2-0 semasa menentang Angers.

Pengurus PSG, Thomas Tuchel buat pertama kali menggandingkan Neymar dan Mbappe musim ini dengan meletakkan Edinson Cavani dan Mauro Icardi di bangku pemain simpanan.

"Gandingan mereka berdua akan memberikan perbezaan yang ketara pada Disember, kami memang mahukan perbezaan, mereka buat pertama kali digandingkan,” kata Tuchel.

"Bayangkan jika (Lionel) Messi dan (Luis) Suarez bergandingan buat pertama kali pada Disember (untuk Barcelona)... mereka tentu kekurangan rentak, saya tidak jangkakan banyak jaringan gol daripada mereka berdua.

"Saya gembira dengan jaringan itu dan banyak lagi peluang jaringan untuk mereka.”

Percubaan pertama Mbappe terkena tiang gol sebelum percubaan Nantes menerusi Ludovic Blas ditepis oleh penjaga gawang PSG Keylor Navas.

Neymar kemudian hampir menjaringkan gol menerusi rembatan kaki kirinya namun dinafikan VAR disebabkan oleh kekasaran yang dilakukan oleh Julian Draxler.

Percubaan pemain termahal dunia itu sekali lagi ditangkis penjaga gol pelawat, Alban Lafont.

Namun PSG berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-52 apabila Mbappe menyempurnakan hantaran Angel Di Maria.

Neymar menyempurnakan tendangan penalti untuk gol kedua PSG lima minit sebelum perlawanan berakhir setelah Icardi dikasari dalam petak penalti. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan