Skip to main content

Sukan

PSG atasi Real Madrid untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia Kelab bertemu Chelsea

Anggaran Waktu Membaca:
PSG atasi Real Madrid untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia Kelab bertemu Chelsea

(Gambar: David Ramos / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Diterbitkan : 10 Jul 2025 03:15PM
  • Juara Liga Juara-Juara Eropah Paris Saint-Germain (PSG) mengatasi Real Madrid dengan kemenangan 4-0 pada Rabu (9 Jul) di New York untuk mara ke peringkat akhir Piala Dunia Kelab menentang Chelsea, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
  • Fabian Ruiz menjaringkan dua gol manakala Ousmane Dembele dan Goncalo Ramos masing-masing turut menempa nama sebagai penjaring ketika Madrid langsung tidak berupaya menyaingi pasukan dari Perancis itu.
  • PSG akan bertemu Chelsea di Stadium MetLife yang sama di New York Ahad ini.
  • Ia merupakan penamat yang pahit bagi legenda kelab, Luka Modric dalam penampilan terakhirnya bersama Real Madrid.
Dijana oleh AI
NEW YORK: Juara Liga Juara-Juara Eropah Paris Saint-Germain (PSG) mengatasi Real Madrid dengan kemenangan 4-0 pada Rabu (9 Jul) di New York untuk mara ke peringkat akhir Piala Dunia Kelab menentang Chelsea, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Fabian Ruiz menjaringkan dua gol manakala Ousmane Dembele dan Goncalo Ramos masing-masing turut menempa nama sebagai penjaring ketika Madrid langsung tidak berupaya menyaingi pasukan dari Perancis itu.

PSG akan bertemu Chelsea di Stadium MetLife yang sama di New York Ahad ini.

The Blues sebelum ini menumpaskan kelab Brazil, Fluminense 2-0 pada Selasa.

Ruiz membuka tirai jaringan pada minit keenam apabila mudah menolak masuk bola yang muntah selepas percubaan Dembele dinafikan penjaga gol Madrid Thibaut Courtois. 

Tiga minit kemudian, Dembele memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan Madrid dan percubaannya kali ini gagal diselamatkan Courtois untuk gol kedua PSG.

Ruiz menjaringkan gol keduanya hasil serangan balas pantas pada minit ke-24 sekali gus memastikan kemenangan PSG pada separuh masa pertama.

Ramos melengkapkan aksi cemerlang PSG menerusi gol keempat pada minit ke-87.

Ia merupakan penamat yang pahit bagi legenda kelab, Luka Modric dalam penampilan terakhirnya bersama Real Madrid.

Beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-64 dalam perlawanan terakhirnya untuk kelab yang diwakilinya selama 13 tahun.
Sumber : Bernama/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita