Presiden Real Madrid Florentino Perez diuji positif COVID-19
Presiden gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid, Florentino Perez 73 tahun diuji positif COVID-19, menurut kelab itu pada Selasa (2 Feb).
(Gambar: AFP)
MADRID: Presiden gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid, Florentino Perez 73 tahun diuji positif COVID-19, menurut kelab itu pada Selasa (2 Feb).
Dalam kenyataannya, juara bertahan La Liga itu turut mendedahkan bahawa Perez "tidak menunjukkan sebarang gejala".
Perez diuji positif selepas jurulatih pasukan Zinedine Zidane juga diuji positif pada bulan lalu.
Zidane yang tidak bergejala kembali ke pusat latihan kelab itu pada pagi Selasa selepas selesai menjalani tempoh pengasingan.
Perez kini memasuki penggal kedua sebagai Presiden, dengan penggal pertamanya bermula pada 2009. Beliau bertanggungjawab ke atas kelab itu antara 2000 hingga 2006.
Kenyataan oleh kelab itu berbunyi: "Real Madrid mengesahkan bahawa presiden kami Florentino Perez diuji positif COVID-19 di mana beliau menjalani ujian tersebut secara berkala, meskipun beliau tidak menunjukkan sebarang simptom."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.