Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Presiden Perses didakwa berkomplot dengan bekas Presiden PSM cemarkan reputasi ASTAF

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Perses didakwa berkomplot dengan bekas Presiden PSM cemarkan reputasi ASTAF

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 01 Apr 2022 04:59PM Dikemas Kini : 01 Apr 2022 05:00PM

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Mohd Nasri Haron berdepan tindakan tatatertib daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Ini selepas didakwa berkomplot dengan bekas Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Ahmad Ismail untuk mencemarkan reputasi ASTAF menjelang Kongres Pemilihan Majlis ASTAF bagi penggal 2021/2025 pada 1 Mac tahun lalu.

Setiausaha Agung ASTAF, Boonchai Lorhpipat dalam satu kenyataan media, hari ini (1 Apr), berkata satu notis menerusi surat bertarikh 26 Mac 2022 sudah dihantar kepada Nasri yang juga bekas Naib Presiden ASTAF berasaskan pertuduhan bahawa beliau menyalahi undang-undang kecil ASTAF berhubung tatatertib dan/atau penyalahan Perlembagaan ASTAF dan/atau Perbuatan Salah Laku, seperti dinukil daripada BH Online.

"Di bawah prosedur tatatertib ini, Nasri mempunyai 14 hari dari tarikh penerimaan notis berkenaan untuk menjawab secara bertulis. Sebaik sahaja menerima jawapan bertulis itu, Jawatankuasa Tatatertib ASTAF akan menimbangkan dan mengadili perkara itu dengan sewajarnya.

"Dalam masa yang sama, Nasri turut digantung daripada sebarang kegiatan berkaitan sukan sepak takraw, termasuk menyandang apa-apa kedudukan dan jawatan berkaitan dengan sukan ini yang berkuat kuasa serta-merta," kata beliau.

Sebelum ini, Ahmad Ismail dikenakan penggantungan selama 17 tahun oleh ASTAF pada 5 Mei tahun lalu atas empat pertuduhan yang hampir sama dengan Nasri di atas jawatannya sebagai Timbalan Presiden ASTAF dan Presiden PSM kerana menyebarkan emel dan surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi memohon campur tangan mereka berhubung kongres berkenaan, lapor BH Online.

Tindakan Ahmad Ismail itu juga menyaksikan PSM disingkirkan daripada menjadi ahli gabungan ASTAF pada 20 Mei tahun dan seterusnya penyingkiran oleh Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) pada 23 Mac lalu.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 16, 17 dan 23 Februari tahun lalu menerusi emel dan surat kepada Ketua Pengarah OCA, Dr. Hussain A.R. Al- Mussallam, Pengarah Jabatan Sukan IOC, Kit McConnel dan Pengarah Sukan OCA, Haider A.H. E. Farman apabila memfitnah kepemimpinan dan Majlis Eksekutif ASTAF, seperti dinukil daripada BH Online.

Dalam kenyataan sama, Encik Boonchai menegaskan ASTAF komited untuk memastikan pembangunan sukan itu tidak akan dihalang dengan apa cara tindakan sekalipun yang merosakkan mana-mana individu atau entiti dan secara kolektif sudah memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap individu atau entiti berkenaan mengikut cara yang ditetapkan oleh kedua-dua undang-undang sukan substantif dan prosedur yang dipatuhi ASTAF (Perlembagaan Perkara 5).

"ASTAF juga berhak untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas pihak luar yang mencabar dan/atau mengganggu tindakan dan keputusan organisasi. Kami menganggap tindakan kami sebagai hal persatuan dalaman yang melibatkan ahli gabungan Sepaktakraw sahaja. (Perlembagaan Perkara 11 (11)," kata beliau.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan