Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Presiden Halimah puji atlit S'pura harumkan nama negara di Sukan Paralimpik

Presiden Halimah Yacob mengucapkan tahniah kepada pasukan paralimpik Team Singapore yang mengharumkan nama negara di Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah puji atlit S'pura harumkan nama negara di Sukan Paralimpik

Kumpulan pertama atlit Team Singapore bagi Sukan Paralimpik Tokyo 2020. (Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 07 Sep 2021 05:07PM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 05:13PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengucapkan tahniah kepada pasukan paralimpik Team Singapore yang mengharumkan nama negara di Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini.

Team Singapore berjaya membawa pulang dua pingat emas serta mencatat lima rekod kebangsaan dan tujuh rekod peribadi.

Semasa bertemu dengan para atlit secara maya hari ini (7 Sep), Puan Halimah mengalu-alukan kegigihan dan pengorbanan mereka sambil berdepan dengan gangguan dan ketidaktentuan akibat pandemik.

Beliau juga melahirkan penghargaannya kepada para pengasuh, jurulatih, keluarga dan rakan-rakan mereka serta Institut Sukan Singapura yang memastikan para atlit dapat mencatat prestasi terbaik.

Puan Halimah berkata para atlit itu adalah sumber inspirasi kepada segenap masyarakat.

"Saya berharap anda akan berkongsi perjalanan dan pengalaman bersukan anda dengan masyarakat, memberi ilham kepada orang-orang kurang upaya untuk mengamalkan gaya hidup aktif agar kita dapat bersama-sama membina negara bersukan yang lebih baik," kata Presiden Halimah.

"Di luar bidang sukan, kecekalan anda akan menjadi teladan kepada rakyat Singapura agar mempunyai keyakinan diri dan mengejar cita-cita mereka." 

Sumber : CNA/ZM/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa