Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Presiden FAS Lim Kia Tong meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2022 01:44PM Dikemas Kini : 14 Sep 2022 09:18PM
SINGAPURA: Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Lim Kia Tong, meninggal dunia.

Dalam satu catatan Facebook pada Rabu (14 Sep), persatuan itu menulis: "FAS sangat berdukacita untuk menerima khabar tentang pemergian mengejut presiden kami, Encik Lim Kia Tong.

Encik Lim berkhidmat sebagai presiden FAS dipilih yang pertama sejak 2017 dan merupakan seorang yang berdedikasi terhadap sukan yang dicintainya, tambah catatan tersebut.

Mulai Khamis, FAS akan menubuhkan sebuah ruang memberi penghormatan di lobi pejabatnya di Stadium Jalan Besar bagi orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir mereka kepada mendiang.

"Bagi pihak Majlis FAS, sekretariat dan fraterniti bola sepak lebih luas, kami merakamkan takziah mendalam kepada keluarga mendiang Encik Lim semasa tempoh mereka berduka," tambah persatuan itu.

Encik Lim dipilih semula, tanpa dicabar, selaku presiden FAS untuk penggal kedua selama empat tahun pada 2021.
Sumber : CNA/FZ/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa