Presiden China isytihar pembukaan Sukan Asia ke-19
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Philip Fong)
HANGZHOU: Edisi Sukan Asia ke-19 sudah bermula, setahun selepas ia tertangguh.
Presiden China Xi Jinping mengisytiharkan pembukaan acara tersebut di bandar Hangzhou.
Upacara pembukaan itu dimulakan dengan beberapa persembahan, sebelum bendera tuan rumah, China, dinaikkan di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.
12,000 atlit dari 45 negara dan wilayah bakal bersaing dalam 40 bidang acara sukan bagi dua minggu mendatang.
Team Singapore diketuai oleh pembawa bendera, atlit lawan pedang Amita Berthier dan atlit wushu Jowen Lim.
Mereka merupakan antara 431 atlit Singapura yang bersaing dalam 32 bidang sukan, dalam kontinjen negara yang terbesar ke Sukan Asia.
Semua acara sukan akan diadakan di 54 tapak dengan 14 daripadanya baru saja dibina untuk temasya sukan kali ini.
Pertandingan dalam sukan bola sepak, kriket, bola tampar dan tenis sudahpun bermula sebelum majlis pembukaan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.