Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Portugal kalahkan Ghana 3-2

Anggaran Waktu Membaca:
Portugal kalahkan Ghana 3-2

Pengendali Portugal, Fernando Santos. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2022 07:54AM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 09:25AM
DOHA: Cristiano Ronaldo berkata, beliau sudah melupakan masalah dihadapinya di Manchester United selepas mencipta rekod menjaringkan gol kelima di Piala Dunia, membantu Portugal mengalahkan Ghana 3-2.

Ikon yang semakin berusia itu menjaringkan gol semasa tendangan penalti pada minit ke-65, sekali gus mengatasi Pele, Uwe Seeler dan Miroslav Klose, yang masing-masing pernah menjaringkan gol dalam empat edisi Piala Dunia.

"Ia satu detik yang indah, Piala Dunia kelima saya, kami menang dan kami bermula dengan langkah baik. Ia satu kemenangan yang penting, kami tahu perlawanan pertama itu penting tetapi rekod dunia juga sesuatu yang membanggakan saya," kata Ronaldo.

Sebelum ini, gergasi Liga Perdana Inggeris United mengumumkan Ronaldo akan berpisah dengan pasukan selepas membuat kritikan terhadap kelab dan juga pengurus, Erik ten Hag dalam satu wawancara televisyen.

Namun beliau langsung tidak menunjukkan sebarang tanda kekecewaan untuk menamatkan khidmatnya di Old Trafford dengan menjaringkan gol dalam perlawanan, yang mana Rafael Leao dan Joao Felix juga berjaya melakukan yang sama.

"Ia satu langkah yang penting, ia adalah satu minggu untuk menamatkan fasa ini. Ia sudah berakhir dan kami mahu memulakan dengan permulaan baik," tambahnya.

"Saya boleh membantu pasukan saya dan yang lain tidak lagi penting."

Jurulatih Portugal Fernand Santos memuji Ronaldo sebagai seorang legenda bola sepak.
Sumber : AFP/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa