Polis siasat serangan ke atas bas pasukan Aston Villa selepas benam Burnley 3-1
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Adrian Dennis)
LONDON: Bas pasukan Aston Villa rosak selepas dibaling sekeping bata di lebuh raya berikutan kemenangan pasukan itu di Burnley pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik kenyataan polis.
Sekeping bata dibaling ke cermin depan bas dari atas jejantas lebuhraya M65 di Lancashire ketika pasukan Villa memulakan perjalanan pulang dari stadium Turf Moor.
Tiada kecederaan dilaporkan dan polis Lancashire dan Burnley sedang menyiasat insiden itu.
Superintendan Melita Worswick berkata kejadian itu berlaku semasa bilangan besar penonton meninggalkan kawasan itu selepas perlawanan bola sepak antara Burnley dan Aston Villa.
"Walaupun tiada kecederaan atau kerosakan besar, namun kami mahu mencari orang yang bertanggungjawab dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis,” katanya.
Insiden itu sekali lagi memalukan Burnley selepas pemain Manchester City, Rico Lewis, terkena objek yang dilemparkan penonton dalam perlawanan pembukaan musim ini di Turf Moor awal bulan ini. Permainan juga terpaksa dihentikan seketika apabila seorang penceroboh memasuki padang.
Sementara itu, Kelab Bola Sepak Burnley dalam satu kenyataan berkata "kami sedih dan kecewa mengetahui tentang serangan ke atas bas pasukan Aston Villa di simpang 10 lebuhraya M65 selepas perlawanan hari ini".
"Setelah bercakap dengan Villa, kami berasa lega apabila mendengar tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu. Kami mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan ini dan akan menyokong polis Lancashire dalam usaha mereka mencari orang yang bertanggungjawab."
Burnley kalahkan 3-1 kepada Villa dalam perlawanan Liga Perdana kedua mereka. Burnley masih belum mengumpul sebarang mata.

Sumber : Bernama/IM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.