Polis Perancis didakwa serang penyokong Newcastle susuli kekalahan di Marseille
Anggaran Waktu Membaca:
- Pasukan bola sepak Newcastle United menyatakan beberapa penyokong mereka "diserang secara rambang" oleh polis Perancis, yang menggunakan semburan lada, belatan dan perisai ke atas mereka selepas pasukan itu kalah 1-2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA menentang Marseille di Olympique de Marseille pada Selasa (25 Nov).
- Liga Perdana menyatakan pada Khamis (27 Nov) pihaknya akan membangkitkan kebimbangan mereka secara rasmi kepada UEFA, kelab tuan rumah dan polis Perancis mengenai penggunaan kekerasan "yang tidak wajar" terhadap penyokong Newcastle.
- "Rancangan dibuat untuk memindahkan 500 penyokong pada satu-satu masa.. sebaik sahaja kumpulan penyokong yang pertama dibenar keluar, polis menggunakan kekerasan tidak wajar dan tidak berpadanan bagi menghalang penyokong Newcastle daripada bergerak lebih jauh," menurut Newcastle dalam satu kenyataan.
- Newcastle berada di tempat ke-11 dalam Liga Juara-Juara UEFA dengan sembilan mata daripada lima perlawanan.
MARSEILLE: Pasukan bola sepak Newcastle United menyatakan beberapa penyokong mereka "diserang secara rambang" oleh polis Perancis, yang menggunakan semburan lada, belatan dan perisai ke atas mereka selepas pasukan itu kalah 1-2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA menentang Marseille di Olympique de Marseille pada Selasa (25 Nov).
Liga Perdana menyatakan pada Khamis (27 Nov) pihaknya akan membangkitkan kebimbangan mereka secara rasmi kepada UEFA, kelab tuan rumah dan polis Perancis mengenai penggunaan kekerasan "yang tidak wajar" terhadap penyokong mereka.
"Rancangan dibuat untuk memindahkan 500 penyokong pada satu-satu masa.. sebaik sahaja kumpulan penyokong yang pertama dibenar keluar, polis menggunakan kekerasan tidak wajar dan tidak berpadanan bagi menghalang penyokong kita daripada bergerak lebih jauh," menurut Newcastle dalam satu kenyataan.
"Ini dilakukan melalui kombinasi semburan lada, belantan dan perisai, dengan ramai penyokong diserang secara rambang oleh polis.
Tiada komen segera daripada polis Perancis, Olympique Marseille atau UEFA apabila dihubungi oleh Reuters.
Newcastle berada di tempat ke-11 dalam Liga Juara-Juara UEFA dengan sembilan mata daripada lima perlawanan.
Mereka akan menentang Bayer Leverkusen dalam perlawanan pada 10 Disember.

Sumber : Reuters/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.