Skip to main content

Sukan

Pogba akui Manchester United patut kalah

Kapten pasukan Manchester United, Paul Pogba menganggap pasukannya memang patut kalah kepada Brighton kerana pasukan lawan "lebih mendahagakan" kemenangan, menurut Malaysiakini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pogba akui Manchester United patut kalah

Paul Pogba. (Gambar: Glyn Kirk/ AFP)

Diterbitkan : 20 Aug 2018 07:02PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 07:07PM

LONDON: Kapten pasukan Manchester United, Paul Pogba menganggap pasukannya memang patut kalah kepada Brighton kerana pasukan lawan "lebih mendahagakan" kemenangan, menurut Malaysiakini.

Dalam kenyataannya di media sosial selepas perlawanan di Amex Stadium malam tadi (19 Ogos), Pogba menyifatkan pasukannya tidak mempunyai semangat untuk menang.

"Kita kalah, kita memang tak layak menang. Sikap yang kita miliki tidak seperti ingin mengalahkan mereka. Mereka lebih lapar daripada kita," katanya.

Pogba juga menyifatkan dia dan rakan-rakan sepasukannya membuat terlalu banyak kesilapan terutama di bahagian pertahanan.

"Saya fikir kita buat kesilapan yang seharusnya tidak dilakukan. Kita tertinggal 1-0, tidak apa, kemudian 2-0, kemudian 2-1 dan kita berharap mencipta gol lagi, tetapi sebaliknya kita bolos gol lagi," kata Pogba.

Ketika perlawanan semalam, Romelu Lukaku sempat memberi harapan kepada penyokong Manchester United apabila merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke-34, lapor Malaysiakini.

Namun, anak buah Jose Mourinho kembali tersentak apabila tendangan penalti Pascal Gross kembali menjarakkan kedudukan kepada 3-1.

Menurut Malaysiakini, Manchester United cuba bangkit di babak kedua perlawanan, namun gol Pogba melalui tendangan penalti pada minit ke-90 sudah terlambat, dengan keputusan berakhir 3-2.

Kekalahan itu meletakkan Red Devils di tangga ke-11. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita