Pihak berkuasa bola sepak Kemboja siasat dakwaan kelong selepas kalah kepada SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Football Federation of Cambodia)
SINGAPURA: Tiga hari selepas kekalahan kepada Singapura dalam kejohanan ASEAN, Persekutuan Bola Sepak Kemboja menyatakan pihaknya melancarkan siasatan "untuk menjelaskan sebarang syak wasangka".
Dalam catatan di Facebook pada Sabtu (14 Dis), ia menyatakan siasatan dijalankan "disebabkan insiden yang berlaku dan kelihatan agak lain daripada biasa bagi perlawanan-perlawanan sebelumnya".
"Kepada semua kakitangan dan pemain yang jujur dan tidak terlibat, integriti mereka tidak perlu dibimbangkan," tambah kenyataan itu.
Langkah tersebut dilaksanakan menyusuli pertemuan bersama presiden persekutuan tersebut, Sao Sokha, serta pegawai dan pasukan negara Kemboja.
Badan bola sepak Kemboja tidak menyatakan secara terperinci tentang mana-mana perlawanan atau individu yang disiasat.
Menurut akhbar Khmer Times, siasatan itu dilancarkan selepas spekulasi oleh beberapa peminat tentang kemungkinan berlaku kes kelong.
Komen tersebut dikeluarkan tiga hari seleaps pasukan itu kalah 1-2 kepada Singapura, di mana dua kesilapan oleh penjaga gawang Kemboja, Dara Vireak, mengakibatkan pasukan tuan rumah menjaringkan gol.

Pada minit kesembilan, kesilapan Vireak menendang bola ke arah Faris Ramli menyebabkan Singapura menjaring gol pertama.
Tujuh minit kemudian, Vireak melakukan satu lagi kesilapan yang menyaksikannya menendang bola ke arah Shawal Anuar, yang menjaringkan gol kedua.
Vireak bermain dalam perlawan pembukaan Kemboja menentang Malaysia, yang berakhir 2-2. Namun, dia tidak bermain dalam kemenangan 2-1 menentang Timor-Leste pada Selasa (17 Dis).
Dalam satu catatan di Facebook minggu lalu, pemain pertahanan Kemboja mempertahankan rakan sepasukannya.
"Jika terdapat sebarang idea tentang berlakunya perbuatan kelong, ia adalah salah. Setiap pemain berjuang dan ingin menang untuk negara mereka, dan membuat kesilapan dalam bola sepak adalah perkara biasa," kata pemain kelahiran Amerika itu.
"Saya percaya dan menyokong Dara 1000 peratus."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.