Skip to main content

Sukan

'Pickelball', 'Tchoukball' antara sukan kurang dikenali, namun kini kian popular

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Dec 2023 06:24PM Dikemas Kini : 20 Dec 2023 09:28PM

SINGAPURA: Sukan-sukan kurang dikenali seperti 'pickleball' dan 'tchoukball' semakin popular di sini sejak beberapa tahun lalu.


Persatuan-persatuan sukan berharap dapat meluaskan lagi jangkauannya menerusi lebih banyak sokongan dan pengiktirafan.

Pasukan kebangsaan pertama sukan 'pickleball' malah berjaya menang pingat gangsa dalam kategori 35+ di Sukan Pickleball Asia baru-baru ini.

Mudah untuk mula dimainkan oleh pelbagai peringkat usia, menjadi antara sebab sukan tersebut kian diminati.

Namun dana dan kemudahan latihan yang terhad menjadi cabaran kepada usaha mengembangkan sukan itu.

Satu lagi sukan yang kurang dikenali adalah 'tchoukball'.

Related article image
Gambar: Mediacorp
Persatuan sukan itu berharap ia akan disertakan ke dalam Sukan Sekolah Kebangsaan bagi menarik lebih ramai pelajar, sekali gus memupuk bakat untuk pasukan negara.
Sumber : CNA/EM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita