Piala M'sia 2020 ditunda ke awal November
Persaingan Piala Malaysia 2020 yang dijadual bermula 25 Okt ditunda ke awal Novembe selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang dan Sabah dikuatkuasakan.

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Persaingan Piala Malaysia 2020 yang dijadual bermula 25 Okt ditunda ke awal Novembe selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang dan Sabah dikuatkuasakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Encik Ab Ghani Hassan berkata, tarikh baru bagi pusingan awal melibatkan 16 pasukan pada kejohanan bola sepak tertua di Asia Tenggara itu ditetapkan pada 6, 7 dan 8 Nov.
Sementara saingan suku akhir pula dijadualkan pada 12 dan 13 Nov, diikuti aksi separuh akhir dan peringkat akhir masing-masing pada 17 dan 22 Nov.
“Pada masa ini, Piala Malaysia masih berada dalam perancangan untuk diteruskan.
“Pindaan tarikh ini selari dengan saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), yang menetapkan tiada aktiviti sukan berlangsung khususnya di kawasan atau negeri menjalani PKPB,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan MFL hari ini (13 Okt).
Encik Ab Ghani berkata jadual baru persaingan itu mengambil kira tarikh persaingan Liga Juara-Juara (ACL) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), melibatkan penyertaan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.