Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala M'sia 2020 ditangguh

Juara Piala Malaysia 2020 akan mendapat slot beraksi dalam Piala AFC 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala M'sia 2020 ditangguh

Gambar fail pasukan bola sepak di Malaysia, Kelantan United. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Nov 2020 08:28PM Dikemas Kini : 09 Nov 2020 08:32PM

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) hari ini (9 Nov) memutuskan saingan Piala Malaysia 2020, akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Walaupun buat masa ini pertandingan bola sepak diadakan tanpa penonton, namun MKN berpendapat sukan itu melibatkan sentuhan antara pemain yang boleh menyebabkan risiko jangkitan COVID-19.

“Aktiviti (bola sepak) agak berbahaya kerana ada sentuhan dalam keadaan basah dan berpeluh, jadi sentuhan itu boleh dianggap bahaya. Kalau sukan badminton persendirian mungkin tiada sentuhan, tetapi bola sepak memang tidak boleh dielak dari bersentuhan.

“Lagipun hampir setiap negeri sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kita tidak benarkan ada pertandingan,” katanya.

Pusingan pertama saingan Piala Malaysia 2020 dijadual berlangsung dari 6 hingga 8 November, diikuti suku akhir (12 dan 13 Nov), separuh akhir (17 Nov) dan akhir pada 22 November.

Juara Piala Malaysia 2020 akan mendapat slot beraksi dalam Piala AFC 2021.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPB akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan, berkuatkuasa selama empat minggu bermula hari ini hingga 6 Dissember depan.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan