Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia Qatar 2022: Uruguay, Korea Selatan terikat 0-0

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia Qatar 2022: Uruguay, Korea Selatan terikat 0-0

(Gambar: AFP/Jewel Samad)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 11:59PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 12:01AM
AL RAYYAN: Uruguay dan Korea Selatan terikat tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan Kumpulan H Piala Dunia 2022 di Stadium Education City pada Khamis (24 Nov).

Kedua-dua pasukan gagal melakukan percubaan tepat sepanjang permainan dengan percubaan terbaik kapten Uruguay, Diego Godin sekadar terkena tiang, manakala percubaan pemain Korea Selatan, Hwang Ui-jo melepasi palang.

Bintang Korea Selatan, Son Heung-min yang bermain dengan topeng akibat kecederaan pada mukanya, mengutip bola dari sebelah kiri, melepasi dua pertahanan Uruguay sebelum melepaskan sepakan lencong ke arah gol, tetapi dikeluarkan oleh bek kiri, Mathias Olivera.

Uruguay lebih banyak menguasai permainan di separuh kedua tetapi gagal menembusi benteng Korea Selatan, sehingga minit terakhir apabila rembatan Valverde terkena tiang.

Kedua-dua pasukan berkongsi mata selepas terikat 0-0 dan keputusan itu sangat positif buat Korea Selatan kerana berjaya mengikat juara dunia dua kali di pentas Piala Dunia.

Saingan Kumpulan H selepas in akan menyaksikan Uruguay menentang Portugal manakala, Korea Selatan akan berdepan Ghana.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.
 
Sumber : AFP/SU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa