Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia Qatar 2022: Sepanyol berpesta gol, finalis 2018 Croatia terikat tanpa jaringan

Anggaran Waktu Membaca:
DOHA: Juara piala dunia 2010, Sepanyol berpesta gol apabila membelasah Costa Rica 7-0 dalam perlawanan Kumpulan E Piala Dunia di Stadium Al Thumama.

Ia merupakan kemenangan terbesar Sepanyol dalam kejohanan Piala Dunia.

Salah satu gol skuad La Roja yang dibimbing bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique itu dijaringkan Gavi, yang berusia 18 tahun, menjadikannya penjaring termuda Piala Dunia selepas legenda, Pele.

Tiga gol dijaringkan semasa separuh pertama sumbangan Dani Olmo, Marco Asensio dan
Ferran Torres.

Torres sekali lagi menjadi wira pada separuh kedua, menjaring gol keempat pada minit ke-54.

Tiga lagi gol dijaringkan Gavi, Carlos Soler dan Alvaro Morata.

Sepanyol kini mendahului kumpulan bersama Jepun yang mengejutkan Jerman 2-1 pada aksi sebelum itu.
Awal dari itu perlawanan kumpulan F antara Maghribi dengan Naib Juara, Croatia berakhir seri tanpa jaringan.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan F, Belgium mengalahkan Kanada 1-0.

Belgium kini mendahului Kumpulan F dengan tiga mata manakala Croatia dan Maghribi berkongsi satu mata.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.
Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan