Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia Qatar 2022: Jepun kejutkan Jerman dengan kemenangan 2-1

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia Qatar 2022: Jepun kejutkan Jerman dengan kemenangan 2-1

(Gambar: AP Photo/Ricardo Mazalan)

DOHA: Jepun meraih kemenangan mengejutkan, iaitu 2-1, menewaskan pasukan gergasi Jerman pada Rabu (23 Nov).

Penalti separuh masa pertama daripada Ilkay Gundogan meletakkan Jerman di hadapan, sebelum pemain gantian Jepun, Ritsu Doan menyumbangkan satu gol yang disusuli dengan serangan lewat Takuma Asano sekali gus memberikan kemenangan kepada Samurai Blue.

Hampir tiga dekad lalu, Jepun hanya kurang beberapa saat untuk mara ke pusingan kelayakan bagi Piala Dunia pertama mereka, tetapi malangnya, ia seri dengan pasukan Iraq. Dengan itu, pasukan Korea Selatan sebaliknya layak ke pusingan seterusnya.

Ketua jurulatih Hajime Moriyasu adalah sebahagian daripada pasukan tersebut pada ketika itu.


JERMAN KELUARKAN KENYATAAN

Anggota pasukan Hansi Flick dilihat menutup mulut mereka dengan tangan mereka semasa mengambil gambar pasukan. (Gambar: AFP/Anne-Christine POUJOULAT)
Sebelum perlawanan tersebut membuka tirainya, anggota pasukan Hansi Flick dilihat menutup mulut mereka dengan tangan mereka semasa mengambil gambar pasukan.

Kesemua pemain Jerman mengambil bahagian dalam isyarat di hadapan para jurugambar di atas padang, selepas badan bola sepak dunia FIFA mengancam tujuh pasukan Eropah dengan sekatan jika mereka memakai pengikat lengan "OneLove".

"Ia bukan tentang membuat kenyataan politik - hak asasi manusia tidak boleh dirunding. Itu harus diambil mudah, tetapi masih tidak berlaku. Itulah sebabnya mesej ini sangat penting bagi kami. Mengekang kami daripada memakai pengikat lengan serupa dengan tindakan menyekatkan kami daripada bersuara. Kami teguh berdiri dengan pendirian kami," menurut catatan di akaun rasmi Twitter pasukan tersebut.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan