Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia Qatar 2022: England menang bergaya, AS dan Wales sama handal

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia Qatar 2022: England menang bergaya, AS dan Wales sama handal

Wales dan AS, seri satu sama, dalam aksi Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Doha. (Gambar: Jewel SAMAD / AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 09:48AM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 09:49AM


AL RAYYAN, Qatar: Pasukan England memulakan kempen Piala Dunia dengan bergaya.

Dalam perlawanan pembukaan kumpulan B, England membelasah pasukan Iran, 6-2.

Pasukan The Three Lions berjaya membenam Iran, sekali gus melenyapkan kritikan terhadap pengurus England, Gareth Southgate yang sebelum ini disifatkan terlalu berhati-hati dari segi taktikal.

Jude Bellingham, 19 tahun, membuka tirai jaringan perlawanan, manakala Bukayo Saka, 21 tahun, menyumbang dua gol sekali gus meletakkan barisan muda England berada dalam kelas tersendiri.

Saka adalah pemain termuda England yang menyumbatkan lebih daripada satu gol dalam perlawanan Piala Dunia, manakala Bellingham menjadi pemain kedua termuda skuad itu dalam sejarah kejohanan di belakang Michael Owen.

Tiga lagi gol hasil jaringan Raheem Sterling, Marcus Rashford dan Jack Grealish di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Dengan ujian lebih sukar dalam Kumpulan B menentang Amerika Syarikat (AS) dan Wales selepas ini, Southgate menggesa pemainnya untuk terus mengekalkan fokus.

Sementara itu, Wales dan AS, seri satu sama, dalam aksi Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Doha.

Amerika membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi Timothy Weah, anak bekas pemain terbaik dunia tahun 1995, George Weah.

Gareth Bale menyelamatkan Wales daripada mengalami kekalahan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82 menerusi tendangan penalti.

Wales selepas ini dijadual bertemu Iran.

Susuli perlawanan pertama pasukan AS itu, pelatih pasukan Gregg Berhalter berkata pasukannya mempunyai masa yang singkat untuk pulih sebelum perlawanan menentang England yang bakal berlangsung pada Jumaat (25 Nov) di Stadium Al Bayt.

Awal dari itu, Negeri Belanda menundukkan Senegal 2-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A.

Cody Gakpo menjaringkan gol lewat permainan pada penampilan pertamanya di Piala Dunia dan Davy Klaassen menambah jaringan pada akhir masa kecederaan di Stadium Al Thumama.

Belanda kini mendahului Kumpulan A bersama Ecuador yang akan menjadi lawan mereka Jumaat ini.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.

Sumber : Reuters/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan