Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia Qatar 2022: Embolo kalahkan negara kelahiran bantu Switzerland atasi Cameroon

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia Qatar 2022: Embolo kalahkan negara kelahiran bantu Switzerland atasi Cameroon

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 11:51PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 11:51PM
DOHA: Switzerland membuka kempen Piala Dunia 2002 dengan mengalahkan Cameroon 1-0 dalam saingan Kumpulan G di Stadium Al Janoub pada Khamis (23 Nov).

Gol disumbangkan Breel Embolo pada tiga minit selepas masa rehat.

Embolo bagaimanapun enggan meraikan jaringannya kerana Cameroon adalah negara kelahirannya.

Kemenangan itu memberi Switzerland tiga mata penting dalam saingan Kumpulan G yang melibatkan pasukan-pasukan kegemaran temasya sukan tersebut iaitu Brazil and Serbia.

Cameroon kini kecundang sebanyak lapan kali dalam kempen Piala Dunia mereka, sejak 2002.

Jurulatih Rigobert Song bagaimanapun menjelaskan bahawa kedudukan tercorot pasukannya itu tidak menjejas mereka menyertai kejohanan itu. Sekalipun itu, ia berisiko menjadi penampilan yang singkat lagi.

Beliau menambah bahawa dengan hanya baki dua perlawanan saja, mereka tidak lagi mempunyai ruang untuk melakukan sebarang kesalahan.

Roger Milla pula menerima pengiktirafan sebelum perlawanan tersebut bermula,sebagai penjaring gol tertua dalam sejarah Piala Dunia. Ia sekali gus merupakan peringatan mengenai tempoh kegemilangan Cameroon yang lalu, yang mana pasukannya memenangi hanya satu perlawanan sejak ia mara ke suku akhir 32 tahun lalu.

Selepas ini, Switzerland akan berdepan tugas getir berdepan Brazil manakala, Cameroon akan menentang Serbia.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.
 
Sumber : AFP/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa