Skip to main content

Sukan

Piala Dunia Qatar 2022 dimulakan satu hari lebih awal

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia Qatar 2022 dimulakan satu hari lebih awal

Logo rasmi Piala Dunia Qatar 2022. (Gambar: GABRIEL BOUYS/AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2022 01:01PM
REUTERS: Perlawanan pembukaan Piala Dunia tahun ini akan diadakan satu hari lebih awal pada 20 November, menurut FIFA pada Khamis (11 Ogos).

Langkah itu bagi membolehkan tuan rumah Qatar tampil dalam perlawanan hari pembukaan.

Majlis perasmian dan perlawanan Qatar-Ecuador kini akan menjadi acara tersendiri pada 20 November.

Rancangan asalnya ialah bagi upacara perasmian diadakan sebelum perlawanan pertama Qatar pada 21 Nov yang menimbulkan keadaan luar biasa dengan dua perlawanan berlangsung sebelum temasya itu - Senegal menentang Belanda dan England bertemu Iran.

Perlawanan tuan rumah Qatar menentang Ecuador kini bermula pukul 7.00 malam waktu tempatan selepas upacara pembukaan di Stadium Al Bayt yang mampu menampung 60,000 penonton.

Tuan rumah Piala Dunia bermain dalam perlawanan pembukaan sejak 2006.

Dengan perubahan itu temasya Piala Dunia dilanjutkan kepada 29 hari sehingga perlawanan akhir pada 18 Disember.

Pihak penganjur telah menjual 1.8 juta tiket setakat ini, dan penyokong yang terjejas oleh perubahan itu, akan dibantu katanya tanpa memberikan butiran.
Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita