Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia Qatar 2022 dibuka rasmi, tuan rumah kalah 0-2 di tangan Ecuador

Piala Dunia FIFA 2022 membuka tirai secara rasmi dengan penuh meriah dan gah di Stadium Al Bayt  pada Ahad (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia Qatar 2022 dibuka rasmi, tuan rumah kalah 0-2 di tangan Ecuador

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Nov 2022 07:34AM Dikemas Kini : 21 Nov 2022 07:34AM

DOHA: Piala Dunia FIFA 2022 membuka tirai secara rasmi dengan penuh meriah dan gah di Stadium Al Bayt  pada Ahad (20 Nov).

"Dari Qatar, dari dunia Arab, saya mengalu-alukan kedatangan semua orang ke Piala Dunia Qatar 2022.

"Betapa indahnya semua orang dapat mengetepikan segala perbezaan bagi meraikan apa yang menyatukan kita semua dalam sukan bola sepak," kata Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani semasa merasmikan kejuaraan bola sepak berprestij dunia itu.

Putera Mahkota Arab Saudi dan Presiden Mesir, Turki serta Algeria, antara yang hadir menyaksikan acara pembukaan sebelum perlawanan peringkat kumpulan Qatar menentang Ecuador.

Bintang K-Pop Korea Selatan dari kumpulan BTS, Jungkook bersama penyanyi Qatar, Fahad Al-Kubaisi menyanyikan lagu tema kejohanan berjudul Dreamers.

Pertunjukan 30 minit tujuh babak itu, turut menampilkan pelakon Amerika Syarikat, Morgan Freeman dan ratusan penghibur lain, memberi penghormatan kepada semua 32 negara yang mengambil bahagian, tuan rumah dan sukarelawan kejohanan.

Namun, prestasi kurang memuaskan daripada tuan rumah dalam perlawanan pertama sedikit sebanyak menghambarkan sambutan pada malam itu.

Di stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar kalah di tangan pasukan Ecuador dalam perlawanan pertama Piala Dunia Qatar pada awal pagi tadi.

Pemain Ecuador, Enner Valencia berjaya menjaringkan dua gol sekali gus mengalahkan tuan rumah, Qatar 2-0.

Ini juga kali pertama sebuah negara yang menjadi tuan rumah acara Piala Dunia FIFA mengalami kekalahan dalam perlawanan pertama di acara tersebut.

Dalam perlawanan seterusnya, Qatar akan menentang Senegal pada 25 Nov manakala Ecuador bakal berdepan dengan Belanda.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa