Piala Dunia: Penjualan jersi pasukan yang kalah merosot hingga 40%
Kegagalan beberapa pasukan utama untuk terus mara dalam pertandingan Piala Dunia kali ini menjejas penjualan jersi pasukan-pasukan itu di sebahagian kedai sukan di negara ini.
SINGAPURA: Kegagalan beberapa pasukan utama untuk terus mara dalam pertandingan Piala Dunia kali ini menjejas penjualan jersi pasukan-pasukan itu di sebahagian kedai sukan di negara ini.
Di syarikat Weston Corp, pertandingan Piala Dunia di Rusia meningkatkan penjualan jersi bola sepak. Namun penjualannya merosot antara 30 peratus hingga 40 peratus sejak pasukan-pasukan utama seperti juara bertahan, Jerman dan Argentina tersingkir.
Sebaliknya di syarikat Premier Football, penjualan jersi tidak terjejas kerana ia mengurangkan jumlah jersi yang diimport berbanding empat tahun lalu.
Hampir 80 peratus daripada keseluruhan stok jersi syarikat itu dapat dijual pada akhir perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia. Namun ia tidak akan memotong harga jersi pasukan-pasukan yang sudah tersingkir.
Secara keseluruhan, kedua-dua syarikat melihat kenaikan besar penjualan jersi pasukan dari negara-negara yang lebih kecil termasuk dari Asia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.