Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia Kelab FIFA 2022 bermula 1 Feb

Piala Dunia Kelab FIFA 2022 bermula pada Rabu (1 Feb) di Maghribi yang menampilkan pemenang enam konfederasi benua termasuk juara bertahan Liga Juara-Juara UEFA, Real Madrid dan juara negara tuan rumah, lapor Agensi Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:

ANKARA: Piala Dunia Kelab FIFA 2022 bermula pada Rabu (1 Feb) di Maghribi yang menampilkan pemenang enam konfederasi benua termasuk juara bertahan Liga Juara-Juara UEFA, Real Madrid dan juara negara tuan rumah, lapor Agensi Anadolu. 

Kejohanan itu akan berlangsung hingga 11 Februari di Rabat dan Tangier.

Perlawanan peringkat pertama antara Al Ahly dari Mesir dan Auckland City dari New Zealand akan bermula pada 1900GMT di Tangier dan pemenang akan menentang kelab AS Seattle Sounders dalam perlawanan pusingan kedua pada Sabtu (4 Feb).

Wydad Athletic Club (Maghribi) akan menentang Al Hilal (Arab Saudi) pada pusingan kedua pada hari yang sama.

Wydad memenangi Liga Maghribi dan Liga Juara-Juara CAF pada 2022 untuk layak secara automatik yang bermakna finalis Liga Juara-Juara CAF Al Ahly mengambil slot tuan rumah Maghribi.

Juara bertahan Copa CONMEBOL Libertadores Flamengo (Brazil) dan pemenang Liga Juara-Juara UEFA, Real Madrid (Sepanyol) akan menyertai pada peringkat separuh akhir.

Peringkat separuh akhir akan diadakan pada 7 dan 8 Februari dan perlawanan akhir dijadualkan pada 11 Februari.

Real Madrid layak buat kali keenam dan pernah memenangi gelaran itu pada 2014, 2016, 2017 dan 2018.

Chelsea dari England adalah juara 2021, namun tidak dapat mempertahan gelaran mereka kali ini di Maghribi.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan