Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia ISTAF: M'sia jumpa Thailand di peringkat akhir

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw lelaki Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) 2022, selepas membenam cabaran tuan rumah, Korea Selatan pada aksi separuh akhir pada Ahad (27 Nov). 

Pada pertembungan yang berlangsung di Kompleks Sukan Daejon Hanbat di Daejeon itu, skuad Malaysia dibarisi trio Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohammad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir, melakar kemenangan 21-10, 21-15 dalam masa 50 minit.

Menanti Malaysia di peringkat akhir pada Isnin (28 Nov) ialah musuh tradisi yang juga juara bertahan Thailand, yang menundukkan Jepun 21-8, 21-14 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pada edisi kali ini, skuad Gajah Putih membawa Kritsanapong Nontakote, Pornthep Tinbangbon, Thawisak Thongsai, Phutawan Sopa, Yodsawat Uthaijaronsri dan Rachan Viphan.

Kesemua pemain kecuali Thawisak, merupakan pemenang tiga pingat emas di Sukan SEA Vietnam di Hanoi, Mei lalu dan juara Piala Raja Thailand.

Semalam (27 Nov), skuad Malaysia kendalian Azhar Sarabini menundukkan Jepun 21-8, 21-9 dan India 21-5, 21-12 dalam perlawanan peringkat Kumpulan F Divisyen Perdana, untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan