Piala Dunia FIFA 2034: Arab Saudi secara senyap tangguh rancangan bina Stadium NEOM
Arab Saudi secara senyap menangguhkan tanpa tempoh tetap, rancangan membina Stadium NEOM, antara stadium paling bercita-cita tinggi yang dirancang bagi Piala Dunia FIFA 2034, menurut dua sumber yang mengetahui perkara itu.
Model Stadium NEOM yang dicadangkan dipamerkan dalam pameran bidaan Piala Dunia Arab Saudi di Riyadh pada 11 Disember 2024. (Gambar fail: REUTERS/Hamad I Mohammed)
- Saudi Arabia has reportedly indefinitely put on hold the construction of NEOM Stadium, a US$2.5 billion, 46,000-seat arena planned within The Line for the 2034 FIFA World Cup.
- The suspension followed delays to and the scaling back of The Line, after PIF Governor Yasir Al-Rumayyan said in April that the project was no longer a priority before 2030.
- Saudi Arabia is still building or upgrading 15 stadiums in five cities, with other projects due to be completed between 2026 and 2033, including Aramco Stadium in Al Khobar.
- Fiscal pressure, disruptions linked to the Iran war, Houthi attacks and PIF's shift towards projects with quicker returns are adding to the challenges facing the country's mega-projects.
- Arab Saudi dilaporkan menangguhkan tanpa tempoh tetap pembinaan Stadium NEOM, arena 46,000 tempat duduk bernilai AS$2.5 bilion yang dirancang dalam The Line untuk Piala Dunia FIFA 2034.
- Penangguhan itu menyusuli kelewatan dan pengecilan The Line, selepas Gabenor PIF Yasir Al-Rumayyan menyatakan pada April projek itu bukan lagi keutamaan sebelum 2030.
- Arab Saudi masih membina atau menaik taraf 15 stadium di lima bandar, dengan projek lain dijangka siap antara 2026 hingga 2033, termasuk Stadium Aramco di Al Khobar.
- Tekanan fiskal, gangguan berkaitan perang Iran, serangan Houthi dan peralihan PIF kepada projek pulangan lebih cepat menambah cabaran kepada projek mega negara itu.
Keputusan tersebut dibuat menyusuli kelewatan dan langkah mengecilkan skala projek The Line yang dirancang menempatkan stadium berkenaan.
Stadium NEOM sebelum ini dirancang sebagai sebuah arena bertingkat dalam The Line, struktur keluli dan kaca sepanjang 160 kilometer yang merupakan sebahagian daripada pembangunan NEOM.
NEOM diperkenalkan sekitar sedekad lalu sebagai antara projek utama Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dan mengurangkan kebergantungan kepada minyak.
Gabenor Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, Yasir Al-Rumayyan pada April mengesahkan The Line bukan lagi satu keutamaan dan tidak perlu disiapkan sebelum 2030, yang pada asalnya merupakan sasaran bagi fasa pertama projek tersebut.
Namun, beliau ketika itu menafikan sebarang projek dibatalkan.
Menurut dua sumber Reuters, rancangan membina Stadium NEOM kini ditangguhkan tanpa tempoh tetap.
NEOM dan pejabat media kerajaan Arab Saudi tidak menjawab permintaan untuk mengulas.
Kementerian Sukan Arab Saudi pula merujuk pertanyaan kepada pihak berkuasa tertinggi yang bertanggungjawab terhadap penganjuran Piala Dunia FIFA 2034.
Pihak berkuasa itu berkata kemajuan ketara sudah dicapai dalam beberapa kerja pembinaan bagi kejohanan tersebut, namun tidak menjawab pertanyaan mengenai Stadium NEOM dan kosnya.
15 STADIUM BAGI PIALA DUNIA 2034
Arab Saudi sedang membina atau menaik taraf 15 stadium di lima bandar, selain puluhan kemudahan latihan bagi Piala Dunia FIFA 2034.
Kejohanan itu akan menjadi edisi pertama format 48 pasukan yang dianjurkan oleh sebuah negara sahaja.
Edisi Piala Dunia FIFA 2034 akan berlangsung di Arab Saudi, manakala negara itu sudah lama menjadikan penganjuran acara sukan antarabangsa sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan sektor sukannya.
Menurut MEED Projects, platform risikan pasaran industri pembinaan yang berpangkalan di Dubai, keseluruhan projek berkenaan bernilai sekitar AS$22.7 bilion (S$29.0 bilion).
Stadium NEOM sahaja dijangka menelan belanja AS$2.5 bilion (S$3.2 bilion) dan dirancang mempunyai 46,000 tempat duduk.
Data MEED menyenaraikan projek stadium tersebut sebagai "ditangguhkan" dan tidak menetapkan tarikh siap.
Stadium dan kemudahan lain pula berada pada pelbagai peringkat pembangunan dan dijangka siap antara 2026 hingga 2033.
TEKANAN TERHADAP PROJEK MEGA
Arab Saudi kini berdepan tekanan yang semakin meningkat akibat perang Iran, yang menyebabkan gangguan besar terhadap penghantaran tenaga dan kerosakan prasarana kritikal.
Negara itu turut berdepan serangan kumpulan Houthi yang disokong Iran.
Kementerian Kewangan Arab Saudi minggu lalu menyatakan defisit fiskal tahun ini dijangka lebih besar daripada unjuran sebelum ini, manakala ekonomi negara itu diramal menguncup 3.6 peratus berikutan kemerosotan kegiatan minyak.
Seorang lagi sumber berkata kedudukan stadium yang tersebar di beberapa kawasan turut menambah cabaran untuk menyiapkan projek-projek tersebut.
Keadaan itu boleh menjadi lebih rumit apabila beberapa pembangunan yang dirancang menempatkan stadium mengalami kelewatan atau dikecilkan, termasuk The Line dan New Murabba di Riyadh.
Reuters pada Januari melaporkan Arab Saudi menggantung pembinaan The Mukaab, bangunan pencakar langit berbentuk kiub gergasi yang menjadi tumpuan pembangunan New Murabba.
Reuters juga sebelum ini melaporkan PIF mengalihkan tumpuan daripada projek mega yang menelan belanja tinggi kepada projek yang mampu memberikan pulangan kewangan dengan lebih segera.
Namun, projek lain bagi Piala Dunia FIFA 2034 masih diteruskan.
Stadium Aramco di bandar Al Khobar dijangka siap menjelang hujung tahun ini dan menganjurkan perlawanan pertamanya pada Januari.
Satu lagi sumber berkata kerja-kerja pembinaan stadium lain yang dirancang bagi kejohanan itu juga sedang diteruskan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.