Skip to main content

Sukan

PIALA DUNIA FIFA 2026: Yamal jadi wira Sepanyol dengan bantu tundukkan Saudi 4-0

Anggaran Waktu Membaca:
PIALA DUNIA FIFA 2026: Yamal jadi wira Sepanyol dengan bantu tundukkan Saudi 4-0

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 Jun 2026 08:21AM Dikemas Kini : 22 Jun 2026 08:22AM

TEXAS: Lamine Yamal kembali menjaringkan gol untuk Sepanyol sedang juara Eropah itu mengembalikan kempen Piala Dunia mereka ke landasan yang betul dengan membelasah Arab Saudi 4-0 pada Ahad (21 Jun).

Yamal, 18, membuka jaringan selepas hanya 10 minit perlawanan Kumpulan H di Atlanta untuk meletakkan La Roja di landasan kemenangan selesa menentang pasukan Saudi yang tewas.

Sepanyol bertekad untuk bangkit semula selepas seri 0-0 dengan pasukan bawahan Cape Verde dalam perlawanan pembukaan mereka minggu lalu, apabila serangan mereka yang dibanggakan ramai itu tidak membuahkan hasil.

Namun dengan bintang remaja Yamal membuat penampilan sulungnya dalam tempoh dua bulan sejak pulih daripada masalah hamstring, Sepanyol melancarkan serangan awal yang membuatkan Arab Saudi terkesan.

Yamal menyelinap masuk ke tiang belakang untuk menepis hantaran lintang rendah Mikel Oyarzabal sebelum Oyarzabal menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit untuk memastikan Sepanyol mendahului 3-0 selepas hanya 24 minit.

Sepanyol menjaringkan gol keempat pada minit ke-49, apabila rembatan Marc Cucurella diselamatkan oleh penjaga gol Arab Saudi, Mohammed al-Owais, tetapi melantun semula ke pemain pertahanan Iran, Hassan al-Tambak8 sebelum masuk ke dalam gawang.

Jurulatih Sepanyol, Luis De la Fuente, berkata skuadnya telah dikritik teruk berikutan prestasi dalam perlawanan pembukaan mereka.

"Apabila seseorang mempersoalkan usaha anda, adalah wajar bagi sesiapa sahaja yang berani dan bangga bertindak balas untuk membuktikan orang lain yang salah," kata De la Fuente.

Kemenangan itu meletakkan Sepanyol di tangga teratas Kumpulan H dengan empat mata selepas dua perlawanan.

Cape Verde akan cuba menyaingi pasukan Sepanyol itu dengan empat mata pada lewat Ahad apabila mereka menentang Uruguay di Miami, dengan jurulatih Pedro Leitao Brito, yang dikenali sebagai "Bubista", berikrar pasukannya akan bermain "tanpa rasa takut".


Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.

Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita