PIALA DUNIA FIFA 2026: Uruguay seri 1-1 dengan Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan H
(Gambar: Reuters)
MIAMI: Arab Saudi dan Uruguay seri 1-1 dalam perlawanan Kumpulan H pada Isnin (15 Jun) selepas jaringan Abdulelah Al Amri untuk Saudi diimbangi oleh jaringan Maxi Araujo dalam perlawanan di mana kedua-dua pasukan mendapat manfaat daripada kesilapan penjaga gawang.
Separuh masa pertama dikuasai oleh Uruguay tetapi Arab Saudi mendahului perlawanan pada minit ke-41 apabila Fernando Muslera melakukan kesilapan besar dalam 'set-piece', menepis bola ke laluan Al Amri yang jaringannya melepasi penjaga gawang veteran itu.
Sebahagian besar separuh masa kedua menyaksikan Uruguay memburu gol penyamaan dan kegigihan mereka membuahkan hasil apabila penjaga gawang Mohammed Al Owais juga melakukan kesilapan apabila satu percubaan untuk menyelamatkan bola memberi peluang kepada Araujo untuk menjaringkan gol.
Menyusuli keputusan seri 0-0 antara Sepanyol dan Cape Verde pada awal pagi Isnin, keempat-empat pasukan dalam Kumpulan H masing-masing kini memperoleh satu mata.
Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.