Skip to main content

Sukan

PIALA DUNIA FIFA 2026: Tindakan FIFA tangguh penggantungan Balogun 'melampaui batas': UEFA

Anggaran Waktu Membaca:
PIALA DUNIA FIFA 2026: Tindakan FIFA tangguh penggantungan Balogun 'melampaui batas': UEFA

Folarin Balogun dari Amerika Syarikat meregangkan otot sebelum perlawanan Pusingan 32 Piala Dunia FIFA 2026 menentang Bosnia dan Herzegovina di Stadium San Francisco Bay Area pada 1 Julai 2026. (Gambar: Darren Yamashita-Imagn Images)

Diterbitkan : 06 Jul 2026 09:28PM Dikemas Kini : 06 Jul 2026 10:05PM
LAUSANNE: FIFA "melampaui batas" dengan keputusan kontroversi untuk tangguh penggantungan seorang perlawanan bintang Amerika Syarikat Folarin Balogun selama setahun, menurut badan pentadbir bola sepak Eropah UEFA pada Isnin (6 Julai).

Keputusan FIFA, yang dibuat selepas campur tangan Donald Trump, membenarkan Balogun bermain dalam perlawanan 16 terakhir Piala Dunia tuan rumah bersama menentang Belgium lewat pada Isnin.

"Keputusan semalam untuk menggantung selama setahun pelaksanaan penggantungan automatik satu perlawanan susulan kad merah yang dikeluarkan kepada pemain Folarin Balogun telah melampaui batas," menurut kenyataan tegas UEFA.

"Bola sepak, seperti sukan lain, bergantung pada peraturan, yang merupakan asas untuk pertandingan yang adil, jujur ​​dan telus. Kadangkala peraturan boleh ditafsirkan. Dalam kes ini tidak."

UEFA memberi amaran tentang implikasinya terhadap sukan ini secara keseluruhan.

"Bola sepak adalah sukan yang paling digemari di dunia kerana ia adalah permainan yang indah dan dipercayai kerana dimainkan di mana-mana sahaja dengan undang-undang yang sama," katanya.

"Sesebuah kejohanan tidak pernah berdiri sendiri dan, jika kejohanan yang dimaksudkan adalah Piala Dunia, ia mempunyai kuasa untuk memberi kesan positif atau negatif terhadap keseluruhan perlawanan.

"Kami meluahkan rasa tidak percaya kami terhadap keputusan yang belum pernah terjadi sebelumnya, tidak dapat difahami dan tidak wajar itu."

Balogun, yang menjaringkan tiga gol di Piala Dunia, telah dijadualkan terlepas perlawanan di Seattle selepas menerima kad merah terus susulan semakan video kerana memijak kaki pemain pertahanan Bosnia-Herzegovina dalam perlawanan pusingan 32 yang dimenangi Amerika 2-0.

Di bawah peraturan FIFA, kad merah terus secara automatik akan mencetuskan penggantungan satu perlawanan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghubungi ketua FIFA Gianni Infantino memintanya untuk menyemak semula hukuman Balogun, dua sumber yang lebih mengetahui tentang hal itu memberitahu AFP.

Setiausaha Negara Amerika Marco Rubio juga secara terbuka meminta agar kad itu dibatalkan.

Keputusan untuk menangguh penggantungan itu dibuat oleh jawatankuasa disiplin FIFA.

Badan pentadbir bola sepak dunia berkata pada Ahad bahawa penggantungan itu kini akan ditangguh selama setahun, dalam langkah yang mengejutkan yang mana tiada penjelasan khusus diberikan.

"Terima kasih kepada FIFA kerana melakukan apa yang betul, dan membalikkan ketidakadilan yang besar!" tulis Encik Trump di platform Truth Social miliknya.

Rakyat Belgium terperanjat dengan keputusan itu.

"Saya tidak tahu bahawa di Piala Dunia FIFA, 5 Julai kini bersamaan 1 April, dan ia adalah Hari April Fool," kata jurulatih Belgium, Rudi Garcia, kepada wartawan.

Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita