Skip to main content

Sukan

PIALA DUNIA FIFA 2026: Teknologi pintar pada bola Piala Dunia sahkan keputusan VAR Croatia tepat

FIFA mengesahkan gol penyamaan Croatia dalam perlawanan menentang Portugal dibatalkan dengan betul kerana ia berada dalam kedudukan ofsaid, berdasarkan teknologi dalam bola Piala Dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
PIALA DUNIA FIFA 2026: Teknologi pintar pada bola Piala Dunia sahkan keputusan VAR Croatia tepat

Jaringan gol pada saat akhir oleh Josko Gvardiol dibatalkan. (Gambar: Getty Images/Mattia Ozbot)

Diterbitkan : 03 Jul 2026 05:25PM
  • FIFA mengesahkan pembatalan gol penyamaan Croatia menentang Portugal dalam perlawanan Piala Dunia menggunakan teknologi bola pintar.
  • Gol Josko Gvardiol dibatalkan selepas pengadil Espen Eskas memeriksa VAR dan data dari bola Adidas Trionda menunjukkan Igor Matanovic menyentuh bola, menyebabkan Mario Pasalic ofsaid.
  • Teknologi 'Connected Ball' dengan sensor IMU dalam bola membolehkan pengesanan sentuhan kecil, memaparkan grafik khas kepada penonton dan membantu keputusan tepat serta pantas.
  • Pembatalan gol ini menamatkan harapan Croatia dan membolehkan Portugal layak ke pusingan 16 akhir.
Dijana oleh AI
AMERIKA SYARIKAT: FIFA mengesahkan gol penyamaan Croatia dalam perlawanan menentang Portugal dibatalkan dengan betul kerana ia berada dalam kedudukan ofsaid, berdasarkan teknologi dalam bola Piala Dunia.

Tandukan gol Goncalo Ramos membantu Portugal mendahului perlawanan dengan mata 2-1 pada minit keempat masa tambahan.

Namun, Croatia menjaringkan gol penyamaan yang cukup dramatik melalui Josko Gvardiol untuk menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.

Ivan Perisic kemudian menendang bola ke kotak penalti sebelum ia melantun dari Renato Veiga dan ke arah Mario Pasalic.

Sepakannya itu memberi peluang kepada Gvardiol untuk menjaringkan gol penyamaan.

Jaringan gol itu sah di padang, dan dari siaran ulang televisyen ia kelihatan seolah-olah Igor Matanovic dari Croatia terlepas tandukan bola ketika beliau cuba menyentuh bola, yang bermakna Pasalic berada dalam kedudukan onsaid sebelum menyediakan peluang untuk Gvardiol.

Namun, pengadil Espen Eskas memeriksa monitor VAR dan teknologi FIFA dalam bola Adidas Trionda - serupa dengan 'Snicko' - menunjukkan Matanovic sememangnya mendapat sentuhan sedikit yang bermakna Pasalic berada dalam kedudukan ofsaid.

Apabila bola itu berada di sebelah Matanovic, ulang tayang menunjukkan grafik dengan lonjakan sedikit yang mencadangkan bahawa beliau sememangnya menyentuh bola itu, sekali gus menamatkan harapan Croatia di Piala Dunia dan Portugal sekaligus layak ke pusingan 16 akhir.

Grafik yang dipaparkan oleh FIFA pada ulang tayang adalah serupa dengan teknologi yang digunakan dalam sukan kriket untuk menentukan sama ada pemukul telah menyentuh bola atau tidak, tetapi 'Connected Ball Technology' datang daripada cip yang disimpan di dalam bola yang digunakan di Piala Dunia.

FIFA menjelaskan keputusan itu dalam catatan di platform X: "Berdasarkan data yang disediakan oleh 'Connected Ball Technology'idalam Trionda @adidasfootball, iaitu bola perlawanan rasmi @FIFAWorldCup, terbukti bahawa sentuhan telah dibuat oleh pemain Croatia #20 Igor Matanovic dalam pembinaan gol menentang Portugal, membolehkan pengadil menentukan kedudukan ofsaid dengan betul dan membatalkan gol tersebut.

"Sensor IMU yang dipasang dalam bola Trionda mampu menentukan sebarang sentuhan sedikit, dipaparkan kepada penonton dalam siaran sebagai 'grafik degupan jantung', dan membolehkan pegawai mendapatkan tahap data yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk membuat keputusan yang pantas dan tepat."
Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita