PIALA DUNIA FIFA 2026: Scotland catat kemenangan pertama dalam 36 tahun; Haiti kalah 1-0
Scotland mengalahkan Haiti 1-0 pada Sabtu (13 Jun) hasil jaringan John McGinn pada babak pertama untuk mendahului Kumpulan C Piala Dunia FIFA 2026, sekali gus mencatat kemenangan pertama mereka dalam kejohanan tersebut sejak 1990.
Pemain Scotland, John McGinn, menjaringkan gol pertama pasukannya. (Gambar: REUTERS/Brian Snyder)
McGinn meletakkan Scotland di hadapan pada minit ke-28 apabila rembatannya terkena dua pemain lawan sebelum menerjah gawang Haiti.
Scotland, yang sebelum itu hampir membuka tirai jaringan menerusi percubaan Scott McTominay yang terkena tiang gol, ada kalanya bergelut untuk mengatasi kepantasan pemain Haiti.
Namun, pasukan Caribbean itu, yang membuat penampilan pertamanya di Piala Dunia FIFAA sejak 1974, gagal memanfaatkan peluang yang tercipta.
Scotland seterusnya akan menentang Maghribi, yang terikat 1-1 dengan Brazil lebih awal pada Sabtu, manakala Haiti akan berdepan juara dunia lima kali, Brazil, dengan kedua-dua perlawanan berlangsung pada 19 Jun.
Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.